KETIKA nama Cupcake Aisyah didakwa menikam belakang Kasih Leona, personaliti media sosial itu akhirnya membuka mulut menafikan dia menjalin hubungan dengan bekas kekasih sahabat baiknya. Aisyah atau Nur Aisyah Muhammad Razip, 24, berkata, dia mula berkenalan dengan bekas kekasih Leona dikenali sebagai Ryan pada akhir tahun 2022. Hubungan mereka mula menjadi akrab selepas Leona dan Ryan berpisah apabila dia sering mendengar masalah hubungan kedua-duanya. "Pertama sekali, saya tidak pernah menjalin hubungan dengan dia (bekas kekasih Leona). Pertama kali saya bertemunya pada awal tahun 2022 ketika mereka masih lagi menjalin hubungan cinta. Aisyah menafikan dakwaan menjalin hubungan dengan bekas kekasih Leona. "Kami bertiga menjadi sahabat baik di mana saling memberikan sokongan terhadap kerjaya masing-masing. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat untuk mencampuri hubungan mereka," katanya. Aisyah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Aisyah memberitahu hubungan dia dan bekas kekasih Leona bertambah akrab hanya selepas mereka berpisah. Pun begitu, keakraban itu mengundang rasa tidak senang Leona dan Aisyah mengambil langkah untuk menjauhi Ryan demi sebuah persahabatan. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur kostum ‘bunny’ Kasih Leona nampak lurah, minta hormat kesengsaraan mangsa perang di Gaza ARTIKEL BERKAITAN: "Ia tiada kaitan dengan anda"... Kasih Leona 'sound' netizen sibuk kecam isu pakaian, minta fokus hal lain "Selepas mereka berpisah, Leona dan Ryan ada berjumpa dengan saya secara perbadi dan saya cuba sehabis baik untuk menjadi sahabat kepada kedua-dua mereka. "Saya hormati kedua-dua mereka dan sentiasa ada untuk mereka. Ryan yang mula rapat dengan saya selepas dia berpisah dengan Leona dan kami mula menjadi rapat. "Pada Disember 2022, Leona memberitahu dia tidak selesa melihat saya bersahabat dengan Ryan dan untuk menghormati persahabatan kami, saya menjauhi bekas kekasihnya itu," ujarnya. Mengulas lanjut tentang video yang tular di media sosial, Aisyah menjelaskan dia hanya meminta bantuan Ryan untuk mendapatkan jam tangan mewah idamannya. Kata Aisyah, jam tangan itu dibeli sendiri olehnya dan dia turut mengakui kesilapannya kerana tidak menghormati perasaan sahabat baiknya Leona. Aisyah menjawab isu video jam tangan mewah. "Mengenai video jam tangan Rolex itu pula, saya mengakui ia satu tindakan yang tidak baik. Tetapi saya ingin memberitahu jam itu dibeli sendiri oleh saya dan saya meminta Ryan untuk mendapatkan jam tersebut. "Berkenaan Ryan datang ke rumah, saya terlalu teruja untuk menerima jam itu dan saya memintanya terus menghantar ke rumah. "Orang ramai telah salah anggap menyangka kami sedang menjalinkan hubungan cinta. Untuk pengetahuan semua, keluarga saya turut berada pada ketika itu dan ia turut dipaparkan menerusi video tersebut," jelasnya. Sementara itu, Aisyah turut menjelaskan salah faham yang berlaku sewaktu dia meminta Ryan memakaikan jam tangan mewah itu. Jelas Aisyah, dia tidak pernah memiliki jam berjenama mewah dan baginya tidak salah sekiranya dia mahu meminta bantuan Ryan untuk memakainya. Aisyah menghormati persahabatannya dengan Leona. "Saya rasa lagi satu salah faham orang ramai apabila melihat saya meminta Ryan untuk memakaikan jam tangan itu. "Tidak ada niat lain melainkan saya tidak pernah memakai jam tangan mewah sebelum ini jadi saya rasa tidak salah untuk saya meminta tolong daripadanya," ujarnya. Aisyah dengan hati terbuka memohon maaf kepada Leona dan berharap penjelasannya ini dapat memberi pencerahan kepada netizen yang salah anggap tentang hubungannya dengan Ryan. Tambah Aisyah, dia mohon agar orang ramai berhenti membahaskan tentang isu ini lagi dan memberitahu dia akan berehat seketika daripada meneruskan kerjayanya sebagai content creator. "Situasi ini berlaku setahun yang lalu dan atas kesalahan yang saya lakukan, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Leona. "Saya minta maaf kerana ia melibatkan persahabatan kita dan saya berharap semua orang tidak akan memperkatakan tentang isu ini lagi. "Saya juga berharap saya dapat meneruskan kehidupan sebagai content creator dan akan sambung berehat sehingga diberitahu kelak," katanya. Sebelum ini, Leona atau Kasih Iris Leona Hairi Azhar, 22, meluahkan rasa sedih selepas mengetahui bekas teman lelakinya, Ryan sudah mempunyai kekasih baharu. Leona mendakwa bekas kekasih menjalin hubungan dengan rakan baiknya. Lebih mengecewakan, tempatnya itu diganti oleh wanita yang didakwa sahabat baiknya sendiri. Susulan itu, rata-rata netizen memetik nama Cupcake Aisyah sebagai individu yang disebut oleh personaliti media sosial itu. Bagaimanapun, ibu Aisyah iaitu Sue Zarip tampil membela anaknya daripada dikecam dan dipersalahkan. Kata Sue atau lebih mesra di sapa Mama Sue, setiap cerita mempunyai dua penjelasan berbeza dan tidak terlalu cepat menyalahkan satu pihak sahaja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!