suria

Nabila Huda ‘meletup’ bagi amaran kepada wanita dianggap manusia paling jahat

Nabila meluahkan rasa bengang dan marah terhadap seorang wanita.

PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa bengang dan marah terhadap seorang wanita yang didakwa menjadi punca perbalahan.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, berkata dia sudah hilang sabar dan memberi amaran kepada individu yang tidak didedahkan identiti itu agar tidak meneruskan sikap suka putar belit.

"Kaulah punca semua orang berpecah-belah, lepas itu kau buat cerita supaya kau nampak kau mangsa. Kau putar belit.

abil1 - 1

Perkongsian Nabila di laman X.

"Dah banyak sangat aku bersabar ni. Kau jangan aku tak tau apa kau buat dibelakang. Industri ini kecik sangat, lebih baik kau berhenti lakukan apa yang kau buat sekarang," katanya.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu individu tersebut adalah manusia paling jahat yang pernah ditemuinya dan mendakwa sengaja mahukan perhatian orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah amal sejak 15 tahun lalu, Nabila Huda belanja separuh gaji berlakon beli pakaian watak dalam drama

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tak ke dapur masak buat keluarga, Nabila Huda rasa gagal jadi perempuan

Tambahnya lagi, dia tidak teragak-agak untuk membongkar perangai sebenar individu berkenaan yang disifatkan seorang suka mengambil kesempatan atas peluang yang ada.

"Kaulah manusia paling jahat yang pernah aku jumpa dalam hidup. Paling jahat, serius. Jangan main-main dengan dia. Dia jenis manusia yang dahagakan perhatian.

"Nak rasa dihargai, nak tunjuk buat kerja bersungguh-sungguh tetapi licik dan ada niat yang tersembunyi.

abil2 - 1

Nabila sudah hilang sabar terhadap individu terbabit.

"Satu hari nanti aku akan bongkarkan kejahatan kau. Ingatlah semua orang tak bodoh. Semua layankan saja perangai kau ni... Ingat kesabaran ada hadnya. Kau dah jauh sangat ni," ujarnya.

Pelakon filem Rahsia itu juga turut menyifatkan individu tersebut sudah lupa diri dan penuh dengan sikap negatif termasuk hasad dengki serta cemburu.

Kata Nabila, kuasa dan kekayaan menjadikan wanita berkenaan seorang individu yang berhati keji.

abil3 - 1

Nabila memberi amaran untuk berhenti bersikap negatif.

"Kau ingat kau siapa, hanya kerana kau rasa kau dah berstatus, kau boleh buat orang macam kuli kau?

"Bila manusia terlalu dahagakan kuasa dan duit, mulalah buruk perangai. Dah mula tak menghormati orang, lupa diri, busuk hati.

"Tapi tak juga dia ni memang dilahirkan hitam hatinya. Memang dilahirkan jahat, jiwa penuh hasad dengki dan cemburu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain