INDIVIDU yang mendakwa Allahyarham bapa kepada aktivis sosial Farah Lee berhutang sebanyak RM130,000 akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Individu bernama Izyan itu mengakui dia dan kakaknya dikenali sebagai Aeli membuat kenyataan berkenaan dalam keadaan sedang beremosi. Malah, dia turut menyedari kenyataan di tulis itu telah menggores hati Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, sehingga mencalarkan reputasi sebagai seorang pempengaruh media sosial. "Kami berdua sedar bahawa ayat-ayat kami lontarkan agak kasar dan telah menggores hati pelbagai pihak. Permohonan maaf daripada Izyan dan kakaknya kepada Farah. "Selain itu, isu ini juga telah menjejaskan reputasi Farah Lee sebagai influencer di pelbagai platform. "Kami tidak seharusnya memuat naik posting tersebut dalam keadaan emosi. Niat kami baik, hanya ingin membantu ayah," katanya. Izyan berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan di laman X miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee bersuara isu gagal lunas hutang arwah bapa, minta bukti tuntutan RM130,000 ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tak buat tapi bawa lari RM26,000, Puteri Sarah berlembut minta pegawai pemasaran pulangkan wang atau berdepan tindakan Dalam pada itu, Izyan juga terbuka untuk bertemu dengan Farah bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. "Dengan itu kami memohon kerjasama dari pihak Farah Lee untuk berjumpa dan berbincang tentang isu ini dengan ayah saya secara private. "Saya telah memberikan nombor telefon ayah menerusi DM untuk menghubungi kami. "Sekali lagi dengan sangat rendah diri, kami berdua ingin memohon maaf kepada Farah Lee dan keluarga," ujarnya. Farah sebelum ini menafikan dakwaan yang dibuat Izyan dan kakaknya. Sebelum ini, Farah menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan mendakwa Allahyarham bapanya iaitu Romli Ismail berhutang sebanyak RM130,000 dengan satu pihak lain. Dakwa individu itu, bapa Farah berhutang ketika masih hidup pada awal 2000. Mengakui wujud tuntutan hutang daripada pihak berkenaan pada 2017, Farah bagaimanapun meminta bukti memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi. Kata Farah, sehingga kini tiada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta sebarang saksi berjaya dikemukakan kepada pihaknya melainkan khabar angin semata-mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!