suria

Isu fitnah selesai... Shuib maafkan John Dihani, derma wang saman ke tabung Palestin

Shuib dan John saling bermaaf-maafan ketika bertemu di Mahkamah Shah Alam pada Rabu.

SELEPAS lima bulan berlalu, pelawak Shuib akhirnya bertentang mata dengan lelaki dikenali sebagai John Dihani yang didakwa menyebarkan fitnah terhadapnya dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin di media sosial pada Julai tahun lalu.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, memberitahu sedia memaafkan John.

"Alhamdulillah hari ini 10 Januari selesai sudah kes fitnah terhadap saya dan arwah Siti Sarah. Hampir lima bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab.

"Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional sya maafkan kami dan halalkan segala fitnah terhadap saya," katanya.

shuib 2

John Dihani (kanan) membaca pernyataan maaf kepada Shuib.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan Shuib ditemani peguam bersama John atau Mohd Johan Dihani Mohd Zaini.

Menerusi video yang dikongsikan itu, John turut membaca kenyataan maaf dan fitnah sebaik saja selesai mencapai kata sepakat sebelum bersalaman dengan Shuib sebagai tanda berdamai.

Selain membuat permohonan maaf, Shuib berkata John juga perlu menanggung akibat dengan membayar sejumlah saman kepada dia.

Shuib bagaimanapun tidak mahu berkongsi dengan jumlah bayaran tersebut sebaliknya ingin mendermakan keseluruhannya kepada tabung Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah minta maaf tapi tarik balik, Shuib terpaksa heret netizen tabur fitnah ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib akhirnya bersemuka, berpelukan dengan pemfitnah... Bakal ambil tindakan terhadap seorang lagi individu

Dia juga berharap John tidak akan mengulangi kesilapan sama selain menjadi pengajaran kepada pengguna media sosial lain agar tidak semudahnya menyebarkan fitnah.

"Untuk saman ini ada jumlah yang perlu dibayar cuma saya tak bolah jelaskan berapa jumlah yang perlu dibayar. Hasil duit saman semua akan disalurkan ke Tabung Palestin dibawah Yayasan Nurjiwa," ujarnya.

Pada 4 Julai lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa isterinya, Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.

2223722

Shuib sebelum ini bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap John.

Walaubagaimanapun, salah seorang individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf.

Manakala John Dihani pula tampil membuat permohonan maaf tidak lama selepas itu menerusi satu hantaran di media sosial.

Dia mengakui kesilapan berkongsi kandungan tanpa fakta tepat dan mengakui tindakannya itu memburukkan keadaan.

Bagaimanapun, Shuib bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap John Dhani kerana enggan tampil bersemuka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain