suria

“Kenapa tak cari anak?” - Mas Idayu terkejut Aman Graseka minta bantuan, harap kenang kisah dulu!

Mas mendakwa Aman bukan individu yang suka meminta-minta.

TERKEJUT mendengar perkhabaran bekas suaminya iaitu Aman Graseka kini berdepan kesempitan hidup, penyanyi Mas Idayu berkata aktor itu sepatutnya menghubungi anak mereka jika benar-benar memerlukan bantuan.

Baharu mengetahui mengenai berita itu, Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, berkata anak tunggal mereka iaitu Nur Dayini Asyiqah, 26, sudah berkerja dan tidak salah jika Aman meminta tolong daripada anak yang merupakan zuriatnya sendiri.

"Saya pun terkejut dan baru tahu tentang berita Aman meminta bantuan daripada orang ramai. Sejujurnya saya tak tahu pun kisahnya.

Mas memberitahu anaknya sudah tidak dapat menghubungi Aman.

Mas memberitahu anaknya sudah tidak dapat menghubungi Aman.

"Kalau dia nak minta tolong, kenapa dia tidak cari anak dia? Anak kami sudah bekerja tapi sebab dia yang putuskan hubungan, dia yang malu sendiri.

"Dia juga boleh minta tolong dengan keluarga, adik-beradik dia... Kalau betullah dia susah," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Mas Idayu memberitahu sebelum ini Dayini sukar untuk menghubungi Aman kerana telefon bimbit pelakon itu dikawal oleh isterinya iaitu Nurul Amrina.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelakon era 90-an minta bantuan nak bagi anak makan, Aman Graseka tampil jelas situasi sebenar... Kini sibuk berniaga ketupat dan rendang

ARTIKEL BERKAITAN: [V]Aman Graseka mungkin malu mengaku susah, Sharifah Shahirah tiada niat buka aib - "Saya nak pergi jumpa dia"

Bukan itu sahaja, nombor telefon dan semua akaun media sosial anaknya juga turut disekat.

"Nombor telefon Aman saya ada tetapi anak dia sendiri tidak dapat menghubunginya, kena block! Tapi kami tidak yakin yang menyekat nombor telefon itu adalah Aman.

"Sebelum dia kahwin (kali kedua) dia masih bawa anak keluar bersama dengan perempuan (isteri Aman) itu, tetapi lepas kahwin dia terus putuskan hubungan dengan anak macam itu saja... Saya tahu dia sayang anak dia. Dia ada seorang sahaja anak perempuan," ujarnya.

Saya tak yakin Aman Graseka meminta-minta, saya kenal dia

MAS IDAYU

PENYANYI

Sementara itu, Mas berkata sepanjang mengenali Aman, bekas suaminya itu bukanlah seorang individu yang suka meminta-minta.

"Aman yang saya kenal dia tidak peduli dengan media sosial, Facebook ke Instagram ke! Dia ni tak tahu apa-apa.

"Tapi kalau tanya pada saya, saya kenal Aman itu bukan seorang yang meminta-minta. Saya tak yakin Aman Graseka meminta-minta, saya kenal dia.

Aman dan isterinya, Amrina.

Kisah Aman meminta bantuan mendapat perhatian ramai.

"Kalau dulu anak dia telefon pun isterinya yang angkat, bermakna siapa yang kawal telefon bimbit dia?" soalnya.

Bersimpati jika berita kesempitan hidup itu benar, Mas meminta Aman muhasabah diri dan mengenang kembali kesilapan yang pernah dilakukan dahulu.

Malah, dia tutut mendoakan agar bekas suaminya itu dikurniakan kehidupan lebih baik di dunia dan juga akhirat.

"Saya cuma berbalik kepada hukum agama. Kalau nak hidup senang, selain daripada memuliakan isteri tak kisahlah pada perkahwinan pertama atau kedua, dia kena bertanggungjawab tentang nafkah anak.

Mas bersama anak perempuannya, Dayini.

Mas bersama anak perempuannya, Dayini.

"Kalau dia benar-benar dalam kesusahan, saya minta dia kenang balik apa yang sudah kita buat dulu.

"Saya tidak mahu ungkit kisah lama tetapi saya doakan semoga dia selamat dunia akhirat dan saya juga selalu suruh anak saya doakan yang terbaik buat ayahnya," kata Mas Idayu.

Sebelum ini, penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram berhubung Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, meminta bantuan untuk keperluan keluarga dan anak-anaknya.

Aman ketika bercakap kepada mStar bagaimanapun memberitahu dia sibuk menguruskan perniagaan dan berita itu tidak benar.

Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqa.

Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan iaitu Nurul Amrina pada 2018.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aishymir Mateen, 5, dan Aishyraf Mikail Shah yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain