BERPEGANG teguh dengan pendapatnya sebelum ini, pelakon Fathia Latiff tidak gentar sekiranya dia disaman oleh pasangan selebriti iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson. Kata Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, sebagai rakyat Malaysia dia juga mempunyai hak serta kebebasan untuk bersuara dalam menyatakan sesuatu pandangan. "Kebebasan bersuara Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan. Saya rasa dia kelihatan seperti bibik. Perkongsian Fathia dilihat sengaja meyindir Zahirah. "Saya mahu lihat jika mereka berani saman saya. Saya yakin mereka tidak berani," katanya menerusi satu hantaran dimuat naik di Instastory. Dalam perkongsian yang lain pula, Fathia turut memuat naik pencapaian yang pernah diperoleh sebelum ini. Hantaran itu di muat naik itu dipercayai sengaja mahu membandingkan dirinya dengan Zahirah. ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff tiba-tiba naik angin samakan Zahirah seperti bibik, syukur tak kahwini Aiman ARTIKEL BERKAITAN: Sedih ibu Zahirah MacWilson, anak sedang sarat mengandung kena hina dan fitnah "Bibir saya tebal original. Masa kecil bibik saya pandai jaga. "Pernah jadi penghias muka depan majalah lebih daripaka 10 kali? Jadi diam," ujarnya. Fathia sebelum itu menerusi satu sesi siaran langsung di laman TikTok secara terbuka membandingan paras wajah mereka berdua dan menganggap dia lauh lebih cantik berbanding Zahirah. Fathia secara terbuka mempersendakan rupa paras Zahirah. Malah, Fathia juga secara meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon itu yang kini merupakan isteri kepada bekas teman lelakinya. Dia turut berkongsi rasa kesal apabila namanya digugurkan daripada senarai tetamu sebuah acara jenama mewah disebabkan Zahirah dan Aiman juga turut berada dalam majlis berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!