suria

Zarina Anjoulie angkat ‘bendera putih’... Dah malas layan Fathia, sedang bahagia dengan tunang

Zarina tidak lagi mahu melayan kontroversi yang melanda.

SUDAH malas meneruskan perbalahan, pelakon Zarina Anjoulie memilih tidak lagi meneruskan perang dengan Fathia Latiff di media sosial.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, berkata, dia mengambil keputusan meneruskan kehidupannya yang sedang bahagia di samping tunang iaitu Datuk Khazrul Elzey.

Malah kata Anju, Khazrul juga sudah bersuara mengenai perbalahan mereka dan memilih tidak lagi membalas sebarang kenyataan dibuat Fathia.

Zarina 1 (1)

Zarina hanya mahu bahagia disamping tunangnya.

"Ey malas la nak gaduh. Tunang saya pun dah bising.

"Saya akan terus move on dan hanya mahu bahagia. Saya harap awak baik-baik sahaja," katanya.

Anju berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie dedah sikap sebenar Fathia Latiff, busuk hati punca putus kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia serang Zarina Anjoulie panggil hati busuk - “Kau cemburu sebab aku lawa?”

Sebelum ini, nama Anju menjadi sebutan selepas mengulas mengenai kenyataan Fathia yang menyamakan wajah pelakon Zahirah MacWilson dengan bibik atau pembantu rumah.

Anju dalam komennya memberitahu sikap busuk hati dan suka membanding-bandingkan menjadi punca mereka berbalah dan putus sebagai sahabat.

Susulan kenyataan itu, Fathia tidak berdiam diri dan menyerang Zarina malah mendedahkan pelakon itu mempunyai hubungan dengan penyanyi Ismail Izzani.

Fathia 3

Zarina dan Fathia pernah berkahwin baik sebelum ini.

Bukan hanya Zahirah dan Zarina, malah Fathia juga memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama akhbar temu bual Aiman yang bercakap tentang dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain