APA nak jadi dengan Fathia Latiff? Tak habis-habis mencipta kontroversi dengan mengaitkan orang itu dan ini. Terbaharu, nama penyanyi Ismail Izzani tiba-tiba dikaitkan oleh Fathia ketika serangan peribadinya terhadap Zarina Anjoulie masih berlarutan. Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mengungkit kembali kisah silam Zarina yang sebelum ini didakwa pernah menjalinkan hubungan mesra bersama Ismail. Zarina dan Fathia sebelum ini pernah berkawan rapat. Fathia memberitahu dia berani mendedahkan perkara tersebut kerana dia sedar bahawa dia berada di pihak yang benar. "Kau (Zarina) cakap apa? Aku tak boleh tahan kalau nanti kau balas dekat aku? Macam bodoh perangai kau. Dah la kau pernah ‘tut’ dengan Ismail Izzani. "Aku cakap benda betul dan aku tak takut langsung benda yang benar," katanya membuat tuduhan berkenaan. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan apa yang dimaksudkan ‘tut’ itu dan pihak mStar juga tidak memahami makna tersirat di sebalik tuduhan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff tiba-tiba naik angin samakan Zahirah seperti bibik, syukur tak kahwini Aiman ARTIKEL BERKAITAN: Buat pusingan ‘U’ komen wajah Zahirah macam bibik, Fathia Latiff kongsi foto bersama Aiman - “Saya tahu awak masih cintakan saya” Fathia mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Insta Storynya pada Khamis. Dalam masa sama, Fathia juga memberi amaran kepada Zarina untuk tidak masuk campur mengenai konflik yang berlaku di antara dia dan Zahirah MacWilson. Menurut pelakon itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju tidak mempunyai kaitan dan hak untuk mengulas perkara tersebut. "Tiba-tiba nak cakap aku hati busuk. Siapa yang hati busuk? Siapa yang bercakap fasal siapa dulu? Siapa yang masuk campur? Aku cakap benda betul dan aku tak takut langsung benda yang benar. FATHIA LATIFF PELAKON "Kau pun tak tahu apa situasi aku dengan Zahirah, tak tanya pun dekat aku, lepas itu nak keluarkan kenyataan," ujarnya. Bagaimapun, hantaran tersebut telah dipadam Fathia beberapa jam kemudian. Pada 2018, Fathia pernah memuat naik gambar mesra Ismail dan Zarina di sebuah kelab malam. Menerusi kapsyen hantaran tersebut, Fathia dengan ringkas meminta supaya Ismail segera menghubungi Zarina. Ismail sebelum ini mencipta kontroversi apabila gambar mesranya bersama Zarina tersebar. Ismail ketika memberi kenyataan kepada mStar pada 1 September 2018 memohon maaf dan meluahkan rasa kesal terhadap perkara yang berlaku itu. Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi secara terbuka kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah. Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemarahan netizen selepas dia menyamakan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah. Isu itu bertambah hangat apabila Zarina turut bersuara mengenai sikap bekas rakan baiknya itu dan melabelnya sebagai busuk hati. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!