suria

Usahawan kosmetik tuntut Cik Pia mohon maaf, ganti rugi RM300,000 fitnah di TikTok

Cik Pia didakwa membuat fitnah terhadap Ariani (kanan) dalam siaran langsung di TikTok.

USAHAWAN kosmetik menuntut pempengaruh media sosial Cik Pia membuat permohonan maaf atas tuduhan fitnah terhadapnya sebelum ini.

Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar turut menuntut Cik Pia membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 berhubung dakwaan fitnah yang dilakukan menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.

Menerusi siaran media kepada mStar, Ariani mendakwa kenyataan dikeluarkan Cik Pia atau Norsufia Johari adalah tuduhan tidak berasas, palsu serta fitnah yang merosakkan reputasi serta kredibilitinya.

Tidak hanya itu, fitnah dibuat influencer berkenaan turut memberi kesan serius terhadap Ariani termasuk mendapat kecaman serta reaksi negatif awam yang menyebabkan tekanan emosi.

pia1 - 1

Cik Pia diminta membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, peguam Ariani iaitu Nurul Hafidzah Hassan menjelaskan Cik Pia perlu membuat permohonan maaf tanpa syarat selain memintanya memperbetulkan semula kenyataan fitnah yang dibuat.

Sekiranya gagal memenuhi semua tuntutan dalam masa tujuh hari, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Surat tuntutan menekankan bahawa permintaan maaf harus dikeluarkan tanpa syarat dan harus dengan jelas mengakui sifat palsu kenyataan dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya takut dirakam, kena provoke"... Boss Kay jauhkan diri daripada bekas isteri sebab bimbang jadi 'content'

ARTIKEL BERKAITAN: Boss Kay terpaksa 'block' WhatsApp anak sebab bekas isteri salahguna nombor, berterusan sebar fitnah... "Jangan malukan keturunan untuk raih simpati"

"Selain itu, pembetulan kenyataan fitnah perlu dibuat melalui saluran media yang sama digunakan untuk penyebaran," katanya.

Sebelum ini, Ariani pernah memuat naik sebuah hantaran di TikTok miliknya meminta Cik Pia melangsaikan hutang sebanyak RM2,500 dan memulangkan telefon bimbit milik syarikatnya.

Ariani turut bertindak mendedahkan perbualan antara mereka di aplikasi WhatsApp.

Kata usahawan itu lagi, tindakan Cik Pia memerli tentang dirinya setiap kali bersiaran langsung di TikTok menyebabkan dia dihujani kecaman daripada netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain