suria

Saling tuduh menuduh... Puteri Sarah jumpa peguam, mahu fail saman terhadap pegawai pemasaran

Seorang individu mendedahkan Puteri Sarah putar-belit kenyataan.

PELAKON Puteri Sarah Liyana akan memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, peguamnya sedang dalam proses memfailkan saman terhadap individu berkenaan di mahkamah.

"Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula.

sarah liyana 3

Puteri Sarah serahkan kepada pegaum susulan isu ditipu dalam perniagaan.

"Peguam mahu hantar dokumen dahulu ke mahkamah," katanya kepada mStar.

Puteri Sarah memaklumkan perkara itu selepas wanita berkenaan tampil dalam program Melodi pada Ahad lalu mendakwa dia sebenarnya yang menjadi mangsa di sebalik semua dakwaan aktres itu terhadapnya.

Dakwa wanita itu, kenyataan dibuat Puteri Sarah sebelum ini berhubung kes pecah amanah adalah tidak benar dan fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah sudah macam peminta sedekah, usaha dapatkan kembali RM26,000 belum berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tak buat tapi bawa lari RM26,000, Puteri Sarah berlembut minta pegawai pemasaran pulangkan wang atau berdepan tindakan

Malah individu berkenaan juga sedia bersemuka dengan pelakon itu bagi membincangkan kemelut yang berlaku.

"Saya menafikan kenyataan dia terhadap saya. Apa yang dia sebut itu semua adalah fitnah. Dia banyak putar-belit sampai nama saya terjejas.

"Apabila saya buat keputuan nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia.

Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

"Dia kena ingat yang dia pun ada hutang. Saya mahu dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang sahih sebelum mengelirukan netizen," jelasnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.

sarah liyana 2

Pendedahan yang dibuat Puteri Sarah di laman TikTok.

Puteri Sarah bekerjasama dengan individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu bagi menjalankan pemasaran produk namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard diharapkan.

Malah Puteri Sarah juga memaklumkan dia terpaksa menagih bagi mendapatkan semula wang berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain