suria

“Kau siapa nak arah-arah aku?” - Individu tabur fitnah tak endah permintaan bersemuka, Ali Puteh minta jangan larikan diri

Ali hilang sabar dengan pemfitnah.

INDIVIDU yang didakwa memfitnah Ali Puteh tidak mengendahkan permintaan pelawak berkenaan yang mahu dia menghubunginya bagi menyelesaikan isu di antara mereka.

Menurut individu yang menggunakan nama Suri Emmy di Instagram, tiada sebab untuk dia menghubungi Ali dan mempersoalkan siapa pelawak berkenaan mahu mengarah dia.

"Kau siapa nak arah-arah aku DM dan mesej kau?," tulisnya di Instagram Story yang diulang siar Ali di media sosial miliknya pada Selasa.

size NP 1 (42)

Ali hilang sabar selepas pemfitnah enggan mohon maaf.

Tidak berdiam diri, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan sekali lagi memberi amaran kepada individu terbabit agar tidak melarikan diri.

Malah Ali menyifatkan individu berkenaan sebagai berlagak selepas menambur fitnah terhadapnya.

"Bukan main lagi ya langsi. Dah fitnah aku berlagak lagi pula ya. Habis berniaga aku call kau, jangan tak angkat!" balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh dituduh guna duit orang buat modal berniaga, minta wanita tampil bersemuka atau berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh tak menang tangan layan order sambal petai, terkejut netizen tanya ‘halal ke ni?’

Terdahulu, Ali meluahkan rasa kesal apabila seorang individu menfitnah dirinya dengan mendakwa dia menggunakan wang milik orang lain sebagai modal untuk berniaga sambal petai yang diusahakannya.

Malah individu berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘bodoh’ ditujukan kepada pelawak berkenaan.

Ali juga memberikan masa kepada individu tersebut untuk tampil membuat permohonan maaf sebelum dia bertindak mengambil tindakan undang-undang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain