suria

[V] Mizz Nina tarik balik kes hak penjagaan anak... Noh Salleh mahu kebenaran, rasa diri dianiaya

Noh tuntut kebenaran dan anggap diri dianiaya.

PENYANYI Noh Salleh terkejut apabila bekas isterinya Mizz Nina mengambil keputusan menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte bagi anak angkat mereka.

Noh atau Muhammad Noh Salleh, 39, berkata, dia mahu kes tersebut diteruskan kerana mahu menyatakan kebenaran di pihaknya selepas menganggap dianiaya Nina di khalayak ramai.

"Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Proses sulh pun tiada apa yang berlaku. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

Noh tuntut kebenaran dan anggap diri dianiaya.

Noh mahu keadilan dalam hak penjagaan anak.

"Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran," katanya kepada pemberita.

Noh berkongsi perkara itu selepas proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Hujan itu tidak mengetahui punca sebenar bekas isterinya menarik semula kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami wakil Mizz Nina proses sulh hak penjagaan anak angkat, Noh Salleh harap dapat penyelesaian baik

ARTIKEL BERKAITAN: Noh tak tahu ada perjanjian bekas isteri dengan ibu kandung Musa... Tampil mohon maaf, padam foto anak angkat

"Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

"Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh diguna pakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, Noh menyangkal dakwaan mengatakan dia menculik Musa pada 19 Disember lalu.

Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik, saya akan sorok

NOH SALLEH

PENYANYI

Jelas Noh, ketika Musa dibawah jagaannya dia turut mencari Nina untuk berbincang bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik, saya akan sorok.

"Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Nina untuk berbincang," ujarnya.

Noh berulang kali menyatakan dia mahu hak penjagaan Musa dibahagi sama rata antara dia dan Nina.

MIZZ NINA

Kemelut hak penjagaan anak antara Noh dan Nina belum selesai.

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

"Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata tiada sebarang dokumen penyerahan anak dikemukakan kepada pihak mereka.

noh salleh 3

Essam (kanan) hadir ke mahkamah mewakili Nina.

"Dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan.

"Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?," katanya.

Sebelum itu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Jelas Nina, ia memberikan kesan emosi kerana tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.

Kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain