PENYANYI dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina muncul di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi prosiding berkaitan hak penjagaan anak angkatnya, Musa. Nina atau Shazrina Azman, 44, hadir berbaju putih dan hitam bersama suaminya, Essam Muhammad pada jam 9.05 pagi. Sempat menyapa media, Nina memberitahu dia akan menjelaskan perkara berkenaan selepas prosiding selesai. Noh berharap dapat mendengar penjelasan dari pihak bekas isteri. “Kami akan jelaskan selepas ini,” katanya ringkas ketika ditemui mStar di perkarangan mahkamah. Sementara itu, bekas suaminya iaitu Noh Salleh yang hadir di mahkamah pada 8.45 pagi berkata, dia berharap supaya mendapat jawapan jelas dari pihak Nina berkenaan penarikan balik kes tersebut. Noh mengharapkan kemelutnya bersama bekas isterinya selesai dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami minta Noh jangan cari Mizz Nina isu anak angkat, boleh komunikasi dengannya di IG ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mizz Nina tarik balik kes hak penjagaan anak... Noh Salleh mahu kebenaran, rasa diri dianiaya “Saya nak tunggu jawapan dia. Kenapa dia tarik balik dan kita nak balas dan terus terang dari awal kenapa kita nak selamatkan Musa. “Saya harap semua selesai. Benda gaduh-gaduh dari mereka, kami dari awal nak selesaikan dengan cara baik. Jadi semua selesai baik,” katanya. Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara. Peguam syarie mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali untuk mengesahkan di hadapan hakim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!