suria

Nurul Shuhada hadir perbicaraan kes pukul dengan semangat berkobar-kobar, harap Hafidz Roshdi beri kerjasama

Shuhada tampil ceria ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru.

BEKAS isteri Hafidz Roshdi hadir dengan semangat berkobar-kobar berharap perbicaraan kes pukul membabitkan aktor berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, yang hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada Selasa turut berharap kebenaran berpihak kepadanya dan anak-anak.

"Alhamdulilah Shu sihat dan anak-anak pun sihat, hari ini datang dengan semangat berkorbar-kobar dan harapnya Allah adili sebaiknya.

shu1 - 1

Shuhada mahu yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut bersama bekas suami.

"Shu tak perjuangkan apa apa pun cumanya hak saya dan anak-anak saja," kata Shuhada kepada mStar.

Shuhada tiba di mahkamah bersama adik perempuannya Nurul Sofia sebagai saksi pada perbicaraan tersebut.

Dalam pada itu Shuhada juga berharap agar pihak bekas suami memberikan kerjasama dengan baik untuk selesaikan kes ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti tak pernah menipu, bekas isteri tumpang gembira Hafidz Roshdi nikah Athira Yuhada

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Itu privasi saya dan bekas isteri" - Hafidz Roshdi tak lupa tanggungjawab, tepis dakwaan culas bayar nafkah anak

"Akhirnya saya sebagai mangsa didengari dan saya pun nak beri semangat kepada orang di luar sana yang turut ditindas.

"Saya harap pihak sana juga memberi kerjasama," ujarnya.

Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Shuhada dalam kejadian pada 2 Mac tahun sama.

553

Shuhada berharap Hafidz beri kerjasama.

Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian pipi kiri mangsa selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain