suria

Hargai setiap komen netizen, Misya tenang berdepan kontroversi suami kahwin Marissa

Misya reda suaminya berkahwin dua.

ISTERI Aslam iaitu Misya Mazlan terus mengambil langkah berdiam diri selepas heboh gosip suaminya berkahwin dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.

Meskipun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini, Misya, 25, tetap membaca setiap komen ditulis netizen menerusi laman sosial.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh kakak kepada Misya iaitu Nadiah yang juga memberitahu adiknya berasa terharu atas doa dan sokongan banyak pihak.

marissa 1

Kisah Aslam berkahwin dengan Marissa (kiri) terus menjadi bualan.

"Dia membaca setiap komen, kata-kata semangat yang dititipkan.

"Kami semua sentiasa ada dengan dia. Allah akan sentiasa bersama dia dan anak-anak," katanya.

Nadiah menulis perkara itu di Instastory pada Khamis berserta rakaman video Misya berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah di Thailand sah tapi boleh jadi haram dan dosa besar - Ustaz Azhar Idrus

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah

Dalam hantaran berkenaan, Nadiah turut memaklumkan adiknya itu kini dalam keadaan baik.

"Misya sekarang okay," jelasnya.

Sejak Rabu, nama Misya, Marissa dan Aslam menjadi bualan ramai selepas terbongkarnya kisah perkahwinan kedua lelaki itu di Thailand.

marissa 3

Marissa ambil pendekatan kunci mulut berhubung isu nikah di Thailand.

Aslam didakwa bernikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu ketika Misya berada di Makkah.

Sumber memberitahu kepada mStar, Aslam sudah berjumpa dengan Misya sehari selepas dia bergelar suami kepada Marissa.

Malah, hubungan Misya dan Aslam juga dikatakan tidak baik selepas kehadiran Marissa.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya becerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain