suria

Marissa tutup komen IG, netizen minta Abby Abadi bawa anak pergi berubat

Abby menjadi sasaran netizen selepas tular dakwaan anaknya sudah berkahwin.

ANAK perempuan pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi menutup ruang komen di Instagram miliknya selepas muncul dakwaan dia sudah berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang di Songkhla, Thailand.

Kali terakhir Marissa Dania Hakim, 19, mengemas kini akaun tersebut sekitar lapan jam lalu dengan memuat naik fotonya di Instagram Stories.

Sehingga kini, Marissa mahupun lelaki yang dikaitkan dengannya iaitu Aslam mengunci mulut mengenai dakwaan mereka sudah berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga.

2276859

Ramai yang meninggalkan komen tidak baik di Instagram Abby.

Sementara itu, Instagram Abby Abadi menjadi tempat netizen melepaskan marah yang rata-rata tidak berpuas hati dengan berita berkenaan.

Ramai seolah-olah menyalahkan Abby dan bekas suami, Norman yang didakwa gagal mendidik anak perempuan mereka sehingga terjerumus dalam jerat percintaan suami orang.

Malah ada mencadangkan agar Abby membawa Marissa pergi berubat bagi memulihkan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Misya dedah adik jauhkan diri, beri bayangan Marissa dan Aslam sudah nikah

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Unfollow’ ibu bapa di IG, kecoh anak Norman dan Abby nikah di Thailand

"Cuba bawa anak pergi berubat. Takkanlah lawa macam itu nak laki begitu.

"Kasihan Abby, back up anak, last-last anak membelakangi dia.

"Tengok-tengok la anak sama...Teruk sangat dah tu sampai rampas suami orang," antara komen netizen.

Takkanlah lawa macam itu nak laki begitu

NETIZEN

Pun begitu, masih ramai pengikutnya yang meminta netizen menjaga kata-kata dan tidak meletakkan kesalahan di bahu Abby dan Norman.

Sebaliknya apa berlaku adalah dugaan buat keluarga terbabit dan ramai turut mendoakan agar Abby serta keluarganya tabah mengharungi dugaan.

"Ibu bapa yang ada anak-anak lelaki atau perempuan jangan cepat menilai atau komen bukan-bukan.

WhatsApp Image 2024-02-07 at 20.59.25

Marissa dikatakan sudah berkahwin dengan Aslam di Thailand.

"Setiap anak lelaki atau perempuan ujiannya tetap sama. Jadi adalah lebih baik hari itu menaip perkara baik.

"Dalam keadaan dunia mencabar bukan mudah mendidik anak-anak.Buat ibu bapa Marissa, moga Allah permudahkan urusan kalian.

"Selagi kita bernama manusia, kita tidak akan dapat lari daripada ujian," komen netizen.

WhatsApp Image 2024-02-07 at 20.59.23

Ada juga netizen yang berkongsi nasihat baik buat Abby dan Marissa.

Pada Rabu, nama Marissa kembali menjadi bualan selepas dia didakwa melangsungkan perkahwinan dengan Aslam pada Disember tahun lalu ketika isteri pertama sedang menunaikan umrah.

Marissa pada September tahun lalu didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain