suria

‘Unfollow’ ibu bapa di IG, kecoh anak Norman dan Abby nikah di Thailand

Nama Marrisa kembali menjadi bualan ramai.

SELEPAS beberapa bulan isu menjadi orang ketiga reda, anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa melangsungkan pernikahan di Thailand.

Marissa Dania, 19, dikatakan berkahwin dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Aslam di Songkhla, Thailand.

Pasangan itu dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

WhatsApp Image 2024-02-07 at 20.59.25

Marrisa dikatakan sudah berkahwin dengan Aslam.

Hasil semakan mStar mendapati Marissa juga sudah berhenti mengikut akaun Instagram ibu bapanya.

Sebelum ini, Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mengaku salah” - Anak Norman dan Abby akhirnya buka mulut, katanya bukan semua cerita tular itu benar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita beranak dua boleh saman anak Abby-Norman kerana ganggu rumah tangga jika belum dicerai suami

Terdahulu, pada September tahun lalu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Misya mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Sementara itu, cubaan mStar menghubungi Norman, Abby, Marissa termasuk Misya bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkarq itu tidak berhasil apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain