suria

Lana Nodin bengang dakwa penguatkuasa pilih kasih kunci tayar kereta, kenderaan lain tak pula kena ‘clamp’

Lana Nodin berang hanya keretanya sahaja di clamp penguatkuasa.

PELAKON Lana Nodin meluahkan rasa tidak puas hati apabila tayar keretanya dikunci anggota penguatkuasa kerana meletakkan kenderaan bukan di tempatnya.

Menurut Lana kekesalan itu timbul kerana anggota penguatkuasa itu dakwanya bersikap pilih kasih kerana tidak mengunci kenderaan lain yang turut membuat kesalahan serupa.

Lana atau Mazlina Hassan Nodin, 44, berkata, ketika kejadian dia ingin ke sebuah bank bagi tujuan mendepositkan sejumlah wang secara sendirian namun gagal mencari tempat letak kereta di kawasan terbabit kerana semuanya penuh

NP-51Luahan Lana di Instagram tentang keretanya di clamp penguatkuasa.

Bimbang akan keselamatan diri yang membawa wang tunai dalam jumlah yang besar, Lana kemudiannya mengambil keputusan meletakkan kenderaan berdekatan dengan bank berkenaan dalam tempoh beberapa minit.

"Tengah hari tadi (Selasa) aku pergi bank untuk depositkan wang tunai yang banyak dan aku sendirian.

"Kawasan bank itu memang susah nak parkir. Aku sudah pusing beberapa kali, susah dapat parkir jadi aku pun letak kenderaan ditempat sebelah bank yang aku rasa tidak menganggu atau sekat mana-mana jalan.

"Bila saya keluar daripada bank masa itu tak kena saman lagi dan aku jelaskan kenapa aku parkir di situ. Dengan muka sombong berlagak, dia (penguatkuasa) kata kalau ikutkan satu minit kena clamp!” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah tak bengkak dan tiada komplikasi, Lana Nodin buat pembedahan hidung... sempat bersiar-siar di sekitar Seoul

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin buru netizen tulis komen melampau! Masuk campur isu desak KP Kesihatan letak jawatan - “Mereka aibkan maruah saya, anak-anak dan suami”

Lana berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Lana turut mempertikaikan tindakan anggota penguatkuasa berkenaan yang tidak mengunci tayar beberapa kenderaan lain yang turut melakukan kesalahan sama.

Kata Lana, jelas tindakan penguatkuasa tersebut seperti pilih kasih dalam menjalankan tugas.

"Kenapa kau tak saman atau clamp juga van atau orang yang parkir sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.

Tak sampai 5 minit kau clamp.

LANA NODIN

PELAKON

"Apa beza aku yang letak kereta dekat situ tak sampai lima minit kau clamp?

"Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam daripada aku tak clamp tapi aku yang park tak sampai lima minit kau clamp!

"Ini ke cara penguatkuasa. Buat malu sahaja, tak payah pakai uniform kalau kau jenis pilih bulu. Siapa kau nak saman siapa tak?” ujarnya.

Kemarahan aktres berkenaan tidak terhenti di situ apabila Lana turut membuat video siaran langsung di Instagram miliknya pada malam Selasa bagi meluahkan rasa marah mengenai insiden tersebut.

Menerusi siaran langsung itu juga, Lana menjawab pertanyaan pengikutnya selain menjelaskan situasi sebenar kejadian yang berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain