PENYANYI dan aktiviti kemanusiaan Mizz Nina menjelaskan tindakannya menarik balik kes hak penjagaan penuh dan inter-parte anak angkatnya kerana dia mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga yang sah. Nina atau Shazrina Azman, 44, berkata, dia mempunyai semua dokumen yang menyatakan bekas suaminya iaitu Noh Salleh bukan penjaga Musa. "Saya mempunyai dokumen anak angkat yang mana tidak tertulis nama Noh. Jadi dengan adanya dokumen ini bermaksud tiada pertikaian. "Saya ingin tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen anak angkat yang lengkap," katanya kepada pemberita. Nina sebagai penjaga tunggah Musa. Nina menjelaskan perkara itu selepas hadir pada prosiding penarikan semula kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa. Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk Noh membuat tuntutan hak penjagaan bersama terhadap Musa. Fakhrul Azman berkata, Nina mendapat hak penjagaan anak angkat menerusi dokumen sah yang dipersetujui sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina hadir ke mahkamah, bakal perjelas isu anak angkat selepas prosiding selesai ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mizz Nina tarik balik kes hak penjagaan anak... Noh Salleh mahu kebenaran, rasa diri dianiaya "Hak anak angkat diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina. Jadi tiada isu mengenai perkara ini dan tiada siapa boleh lawan. "Tiada lagi pergaduhan. Ini bukan kes hak penjagaan. Kami sendiri ada surat mengenai anak angkat," katanya. Nina menambah dia mendapat hak penjagaan penuh Musa tanpa melibatkan Noh dan berharap selepas ini kes itu tidak lagi menjadi pertikaian. "Sebagaimana peguam jelaskan, tiada lagi pergaduhan dan ini bukan kes penjagaan. Seratus peratus hak pengambilan anak angkat. "Paling penting, kami mahu Musa membesar dalam keluarga yang stabil. Dia ada mama dan baba berserta keluarga lain untuk membantu proses pembesarannya," jelasnya. Sementara itu, suami Nina iaitu Essam Muhammad menegaskan Musa tidak sepatutnya dilibatkan dalam masalah tersebut. "Tiada anak yang ingin membesar bersama ibu bapa yang bercerai. Kenapa Musa yang tidak stabil perlu terlibat dalam keadaan yang begini. "Bekas suami dia (Noh) bukan ayah kandung dan namanya juga tiada dalam dokumen rasmi. Nina ditemani suami sewaktu menghadiri proses sulh penjagaan anak angkat. "Dia (Noh) juga telah menandatangani SD (akaun berkanun) selepas bercerai dan tiba-tiba masa kami berkahwin (kahwin dengan Essam), dia datang nak ambil Musa. "Musa bukan boleh dibuang sesuka hati. Hormati dia sebagai seorang manusia dan kanak-kanak," ujarnya. Sebelum ini, Noh didakwa melarikan Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan Nina dalam kejadian pada 19 Disember tahun lalu ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Noh bagaimanapun menyangkal dakwaan wujudnya unsur menculik Musa sebelum menyerahkan kembali kanak-kanak itu kepada bekas isterinya pada 13 Januari 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!