suria

[V] “Dia keluar dating, yang jaga bibik” - Noh pula dakwa Mizz Nina buat anak angkat trauma, sanggup gadai nyawa lindungi Musa

Noh mendakwa Nina tidak menjaga Musa dan menyerahkan kepada pembantu.

DIDAKWA menyebabkan anak angkatnya Musa menghadapi trauma selepas menjaganya selama tiga minggu, penyanyi Noh Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar.

Jelas Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, Musa menjalani hari-hari dengan bahagia sepanjang bersamanya meskipun dalam tempoh yang singkat.

Sebaliknya, Noh mendakwa Musa menghadapi trauma ketika di bawah jagaan bekas isterinya, Mizz Nina.

noh1 - 1

Noh mendakwa Musa menghadapi trauma ketika di bawah jagaan Nina.

“Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira.

“Saya tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu.

“Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa trauma, tercari-cari Mizz Nina selepas tiga minggu berjauhan... Alami cirit-birit, kuku panjang dan kotor

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina hadir ke mahkamah, bakal perjelas isu anak angkat selepas prosiding selesai

Noh berkata perkara itu selepas penarikan semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkatnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, jelas Noh dia sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan nyawa untuk melindungi dan berjumpa dengan anaknya.

Bagaimanapun jelasnya, dia akan berjuang dengan cara baik iaitu mengikuti undang-undang yang ditetapkan.

“Saya sanggup mati untuk melindungi Musa.

"Saya akan buat dengan cara yang baik, bukan dengan cara fitnah di media sosial.

nohhh1 - 1

Noh mendakwa Nina sering ke AS dan tidak menjaga Musa.

"Tidak seperti mereka, tak tahu kenapa keluar kenyataan kata culik (Musa). Saya akan ikut undang-undang, saya tidak mahu rakus," katanya.

Tambah Noh, meskipun sudah mengetahui Nina tidak akan membenarkannya untuk melawat Musa, dia akan tetap membuat permohonan tersebut.

"Saya akan memohon untuk lawatan walaupun kita tahu dia tidak akan bagi sebab dah blok nombor telefon," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain