BEKAS isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ralat apabila perbicaraan kes pukul melibatkan aktor berkenaan ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan. Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib selepas Hafidz tidak hadir pada perbicaraan itu atas alasan mengalami masalah kesihatan. Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, dia berkorban masa dan tenaga dengan menaiki bas untuk hadir ke perbicaraan pada pagi Selasa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor. "Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga di Perlis dan datang ke sini menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan hari ini. Hafidz didakwa mencederakan Shuhada. "Bagaimanapun ketika perbicaraan berlangsung, saya dimaklumkan Hafidz tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan sehingga kes ini terpaksa ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan. "Apa pun doakan saya dan anak-anak semoga kemenangan berpihak kepada kami," katanya kepada media. Sementara itu, Nurul Shuhada ketika ditemui media sejurus hari pertama perbicaraan berharap bekas suaminya itu dapat berikan kerjasama pada sebutan tarikh baharu yang ditetapkan mahkamah nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada hadir perbicaraan kes pukul dengan semangat berkobar-kobar, harap Hafidz Roshdi beri kerjasama ARTIKEL BERKAITAN: Bukti tak pernah menipu, bekas isteri tumpang gembira Hafidz Roshdi nikah Athira Yuhada "Memang kita nak fokus betul-betul kepada kemenangan. Saya tahu saya tak salah. "Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini," ujarnya. Dalam pada itu, Shuhada memberitahu tidak mengetahui mengenai masalah kesihatan dihadapi Hafidz namun mendoakan kesembuhan aktor berkenaan. Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Shuhada dalam kejadian pada 2 Mac tahun sama. Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian pipi kiri mangsa selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya. Hafidz tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sakit. Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu sebelumnya sudah dibawa ke Hospital Bahagia pada 29 Mac untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah. Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!