suria

Ibu kandung Musa dakwa dimanipulasi, Noh putar belit cerita di mahkamah

Athira berkata dia hanya mahu tegakkan kebenaran kerana Noh didakwa memberi kenyataan putar belit.

IBU kandung Musa mendakwa dia dimanipulasi Noh Salleh untuk menandatangani akuan berkanun atau statutory declaration (SD) bagi membolehkan penyanyi itu menjaga kanak-kanak tersebut jika bekas isteri iaitu Mizz Nina ke luar negara.

Wanita dikenali sebagai Athira itu bagaimanapun memberitahu mereka tidak menandatangani surat berkenaan di hadapan pesuruhjaya sumpah sebaliknya hanya disaksikan oleh pekerjanya.

"Semua kenyataan dia (Noh) tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya. Ketika dia minta saya menandatandangi SD, dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa.

553 (1)

Noh dan Mizz Nina masih belum capai kata sepakat tentang kemelut hak penjagaan anak angkat mereka Musa.

"Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara. Disebabkan itu saya tandatangani surat itu.

"Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada pesuruhjaya sumpah," katanya.

Dalam pada itu, Athira berkata, ketika itu dia tidak mengetahui sama ada perjanjian itu sah atau sebaliknya namun diberitahu ia perlu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Malah, dia tidak mengetahui Noh merancang mengambil Musa tanpa kebenaran Mizz Nina sehingga berlaku kekecohan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina ada dokumen penjaga tunggal anak angkat, Noh tak perlu buat tuntutan hak penjagaan bersama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dia keluar dating, yang jaga bibik” - Noh pula dakwa Mizz Nina buat anak angkat trauma, sanggup gadai nyawa lindungi Musa

"Saya tak tahu dia rancang ambil Musa. Jadi apabila saya dengar kenyataan diberikan kepada media semalam, saya terkejut sebab apa dikatakan semuanya diputar belit dan tidak betul," jelasnya.

Sementara itu, Athira menegaskan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 44, adalah penjaga mutlak Musa.

Athira menjelaskan sejak awal dia memang menyerahkan hak penjagaan Musa kepada Mizz Nina dengan menandatangani SD di hadapan pesuruhjaya sumpah.

"Ya sejak awal saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan pesuruhjaya sumpah. Mizz Nina adalah penjaga Musa yang sah.

553 (3)

Noh ketika membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Athira di Instagramnya.

"Niat saya di sini hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa terjadi sekarang," ujarnya.

Menjawab tuduhan kononnya dia dibayar Mizz Nina, Athira menegaskan tiada unsur rasuah berlaku sebaliknya dia hanya mahu menyatakan kebenaran.

Athira berkata, dia tampil ke hadapan hanyalah semata-mata mahu memperbetulkan keadaan yang sudah menjadi kucar-kacir selain semua dakwaan Noh adalah tidak benar.

"Tidak, saya tidak dibayar. Saya hanya mahu dia beritahu perkara yang betul... Apa yang dia rancang sampailah apa yang berlaku sekarang.

Semua kenyataan dia (Noh) tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya.

ATHIRA

IBU KANDUNG MUSA

"Saya sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan," katanya.

Sebelum ini, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa daripada jagaannya tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Menurut Mizz Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

cscs

Athira berkata hanya Mizz Nina penjaga sah Musa.

Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan terdapat unsur penculikan malah mendakwa mendapat kebenaran Athira untuk menjaga Musa.

Pada Selasa, Mizz Nina menarik semula semua kes hak penjagaan Musa di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana tiada keperluan kes itu di bawa ke muka pengadilan.

Ini kerana Mizz Nina mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga tunggal kanak-kanak tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain