LETIH menerima kecaman yang sama setiap tahun, komposer Amy Ukays memberitahu dia tidak mahu lagi menghasilkan lagu raya buat usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri. Tidak mahu lagi namanya terpalit kontroversi, Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan, 51, mengakui kurang senang dengan sikap Aliff selepas lagu-lagu ciptaannya itu trending di media sosial sebelum ini. "Pertama kecaman datang dari dia... saya buat lagu tu dah okay tapi bila masuk kontroversi muzik video, dengan nama saya sekali terpalit. Saya faham itu marketing dia tapi berapa tahun saya nak kena menjawab. Lagu raya daripada Aliff Syukri sentiasa menjadi trending di YouTube. "Saya pantang bila dia kata dia penyanyi nombor satu negara, dia memang tak boleh nyanyi tapi bila kata macam itu, dia seolah-olah lupa diri sebab lagu asyik trending di YouTube. "Tahun ni saya tak boleh buat, ramai kecam tak tahan. Saya akui sedikit koyak apabila ada yang kata saya pentingkan duit, tuduh saya perosak industri dan pencipta lagu sampah," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Amy berkata dia terpaksa membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan usahawan berkenaan kerana mahu menjaga namanya sebagai seorang komposer. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri rakam lagu raya... Ibu minta jangan ajak orang buat fitnah, isteri pula risau pendengar kemurungan ARTIKEL BERKAITAN: “Bukannya saya bogel” - Aliff Syukri minta tunggu video penuh, rayu jangan kecam isteri sarat hamil "Seriklah! Saya pernah cakap kalau boleh jangan buat muzik video tu over... tapi kita ini hanya komposer, dia adalah penyanyi dan muzik video dari pasukan dia. Apabila semua dah siap saya hanya mampu tepuk dahi. "Ini bukan soal duit, tapi saya kena jaga nama baik saya sebagai komposer," ujarnya. Ditanya adakah Aliff ada menyatakan hasrat untuk berkerjasama tahun ini, Amy memberitahu usahawan itu pernah menghubunginya kira-kira dua bulan lalu. Namun selepas berfikir panjang, Amy nekad untuk tidak menerima tawaran itu selepas memikirkan kesan yang bakal ditanggung kelak. Amy sudah beberapa kali membuat lagu buat Aliff Syukri. "Daripada wujud selisih faham, lebih baik saya cakap awal-awal yang saya tak nak... sejujurnya memang dia ada minta buat lagu dua bulan lalu tapi saya kata ada lapan lagu raya kena buat. "Saya minta diberikan peluang kepada komposer lain... tapi apabila dia kata dia penyanyi nombor satu terus, dia ingat dia bagus sangat ke?" katanya. Untuk rekod, Amy pernah mencipta beberapa buah lagu raya untuk Aliff iaitu La la Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!