KALAU masih ‘single’, selagi itulah orang akan kaitkan mengenai pasangan hidup. Begitulah pelawak Zizan. Kali ini dia dikaitkan berkawan rapat dengan seorang pempengaruh cantik manis yang kerap menjadi model pakaian muslimah. Difahamkan, hubungan Zizan dengan wanita yang dikenali sebagai Nureen itu sudah berjalan kira-kira dua tahun. Kisah cinta Zizan sering menjadi perhatian ramai. Mereka juga dikatakan kerap meluangkan masa bersama dan pernah menghadiri beberapa acara bedua. Walaupun tidak pernah berkongsi gambar mereka secara terbuka, namun menerusi beberapa perkongsian di laman sosial, kedua-dua mereka ada bersama dalam beberapa acara yang turut disertai rakan-rakan lain. Menerusi pemerhatian mStar, Zizan juga merupakan salah seorang pengikut Nureen di laman Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kini lebih tenang bercakap soal jodoh, takut kisah cinta lama berulang... “Niat nak kahwin itu ada” ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan hanya bergurau, Zizan Razak hadiah abang motosikal XMax 250 hampir RM25,000 Berdasarkan status di Instagram, Nureen merupakan seorang pempengaruh media sosial yang mempunyai 11,000 pengikut. Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak yang sudah mencecah usia 40 tahun dalam beberapa temu bual sebelum ini mengakui sudah bersedia untuk berkahwin namun masih belum bertemu dengan wanita sesuai untuik dijadikan sebagai suri hatinya. Dalam masa sama pelawak ini juga sering kali dikaitkan rapat dengan rakan selebriti lain namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Zizan enggan memberi sebarang komen dakwaan kini sedang bercinta. Sementara itu, Zizan ketika dihubungi mStar untuk mengesahkan perkara itu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen. Sebaliknya, dia perlu merujuk dengan pihak pengurusannya sebelum mengulas mengenainya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!