suria

Belajar lapang dada, Misya mula tenang berdepan ujian rumah tangga

Misya mula reda dengan ujian yang menimpa rumah tangganya.

ISTERI Aslam iaitu Misya Mazlan seakan reda dengan ujian menimpa rumah tangganya apabila suaminya dikatakan berkahwin dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.

Misya, 25, berkata dia ikhlas dengan apa yang berlaku selain percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Malah hatinya juga mula tenang apabila dia belajar untuk menerima segala ujian dalam hidupnya.

misya 1

Misya mula reda dengan takdir hidupnya.

"Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.

"Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci," katanya.

Misya berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Sabtu yang turut memaparkan fotonya semasa menunaikan ibadah umrah pada hujung tahun lalu.

Menerusi hantaran itu juga dia turut sertakan lagu Rapuh nyanyian Agens Monica yang seolah-olah mengambarkan perasaannya yang sedang kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah bela dan menangkan anak saya” - Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Misya dedah adik jauhkan diri, beri bayangan Marissa dan Aslam sudah nikah

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada pengikut di Instagram yang sentiasa mendoakan dan memberi kata semangat buat dirinya.

"Terima kasih untuk doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah," luahnya.

Sejak Rabu, nama Misya, Marissa dan Aslam menjadi bualan ramai selepas terbongkarnya kisah perkahwinan kedua lelaki itu di Thailand.

Aslam didakwa bernikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu ketika Misya berada di Makkah.

1111

Kisah cinta tiga segi Aslam, Misya dan Marissa hangat diperkatakan.

Sumber memberitahu kepada mStar, Aslam sudah berjumpa dengan Misya sehari selepas dia bergelar suami kepada Marissa.

Malah, hubungan Misya dan Aslam juga dikatakan tidak baik selepas kehadiran Marissa.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya becerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain