suria

“Saya tak pernah bela dan menangkan anak saya” - Abby Abadi

Khabar pernikahan Marissa di Thailand menerima pelbagai reaksi di media sosial.

SELEPAS gosip perkahwinan Marissa Dania hangat diperkatakan di media sosial, pelakon Abby Abadi akhirnya tampil menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul berhubung kontroversi pernikahan anaknya itu.

Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, bagaimanapun berkata dia sebagai ibu sama sekali tidak pernah membela atau menyokong anaknya sejak isu ini tular.

"Muktamad, sebagai ibu dari awal timbul isu ini saya tidak pernah bela dan menangkan anak saya.

Abby mendedahkan tidak mengetahui tentang pernikahan Marissa.

Abby mendedahkan tidak mengetahui tentang pernikahan Marissa.

"Kalau betul seperti apa yang digembar-gemburkan, Allah sebaik-baik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya," katanya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instastory mengulas laporan satu portal menulis dia dan bekas suami iaitu Norman Hakim meminta anaknya dan Aslam bercerai.

"Mana datang kenyataan ini? Saya tidak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailand, macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula?," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Misya dedah adik jauhkan diri, beri bayangan Marissa dan Aslam sudah nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah

Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu kepada mStar bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Dakwa sumber lagi, Marissa yang mengajak Aslam untuk menghalalkan hubungan mereka selepas lelaki itu dan Misya kembali rujuk pada Oktober tahun lalu.

Marissa didakwa bernikah di Thailand.

Marissa didakwa bernikah di Thailand.

Malah, Norman dan Abby sudah bertemu dengan keluarga Aslam bagi membincangkan isu perkahwinan itu.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain