suria

Peguam bagi penjelasan, rupanya ini sebab Hidayah tolak wang tunai dibawa Ali Puteh

Hidayah memilih untuk menolak wang diberikan Ali.

BALU kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Hamzah tampil menjelaskan sebab dia enggan menerima wang berjumlah RM75,000 daripada pelawak Ali Puteh secara tunai pada petang Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam dikenali sebagai Ibrahim, Hidayah enggan menerima wang berkenaan secara tunai atas faktor keselamatan.

“Dari sudut undang-undang tiada masalah untuk terima wang tersebut.

Hidayah bersama peguamnya.

Hidayah bersama peguamnya.

“Namun saya ambil kira apabila ia sejumlah besar dan di bawa ke rumah pada waktu senja serta tindakan itu dirakam secara langsung.

“Semua orang akan tahu ada sejumlah wang besar disimpan dalam rumah itu kerana tidak boleh dimasukkan ke bank sehingga keesokkan harinya,” jelas peguam.

Perkara itu dikongsi oleh Ibrahim menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram milik Hidayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang selesai! Ali Puteh datang rumah Hidayah serah RM75,000

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Hidayah pula tak puas hati... Dakwa Ali Puteh terjah bawa bodyguard, hutang belum selesai

Dalam video berkenaan turut kelihatan Hidayah, namun dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Peguam itu turut menafikan dakwaan anak guamnya itu sengaja mahu menolak wang pemberian Ali sebagai bayaran tuntutan hutang.

“Hidayah tiada niat untuk menolak. Atas faktor keselamatan kami minta wang tersebut di bawa ke firma gumanan atau dimasukkan ke dalam akaun bank,” jelasnya.

Hidayah 1

Hidayah enggan menerima wang diberikan Ali Puteh.

Pada petang Selasa, Ali berkunjung ke rumah Hidayah bagi menyerahkan hutang sebanyak RM75,000.

Wang itu merupakan tuntutan selepas Ali kalah dalam saman fitnah terhadap Hidayah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2022.

Ketika pertemuan itu, Hidayah bagaimanapun dilihat enggan menerima wang tersebut dan meminta Ali untuk berhubung dengan peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain