suria

Marissa berhimpun bersama semua ahli keluarga, tampil sedondon hadir majlis previu Ramadan

Marissa dilihat kembali bersama keluarga tercinta.

KETIKA khabar angin bernikah di Thailand masih belum terjawab, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dilihat kembali berkumpul bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instastory isteri Norman, Memey Suhaiza memuat naik momen bahagia keluarga dipercayai sewaktu menghadiri majlis previu bufet Ramadan yang diadakan di sebuah hotel di Selangor.

Norman turut dilihat menyuapkan makanan ke mulut Marissa selain menunjukkan kemesraan yang menggambarkan hubungan mereka sudah kembali jernih.

Malah Marissa juga turut dilihat memeluk erat adik-adiknya bagi melepaskan kerinduan.

Marissa memeluk erat ibu (kanan) dan adik-adiknya (kiri).

Marissa memeluk erat ibu (kanan) dan adik-adiknya (kiri).

Turut kelihatan dalam video tersebut adalah ibunya iaitu Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, bersama suaminya Muhammad Faizal Zakaria serta abang sulung Danish Hakim serta adik perempuan, Marisa Danisha Hakim.

Mereka sekeluarga menggayakan pakaian sedondon rona coklat dan turut merakamkan foto keluarga bersama.

Abby juga dilihat memeluk dan mengucup pipi anaknya itu dalam pertemuaan tersebut.

Menerusi tinjauan mStar, Marissa juga kini sudah kembali mengikuti Instagram milik Norman dan Abby di mana sebelum ini dia berhenti mengikut media sosial ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Unfollow' ibu bapa di IG, kecoh anak Norman dan Abby nikah di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak pernah bela dan menangkan anak saya" - Abby Abadi

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap Norman dan Abby yang disifatkan sebagai contoh ibu bapa terbaik kerana tetap menyayangi anak mereka biarpun diduga dengan ujian hebat.

Malah ramai mendoakan agar keluarga ini sentiasa dirahmati dan terus bersatu walaupun dilanda ujian.

"Mak ayah hebat! Ini contoh paling baik tetap menyayangi anak yang memberi ujian hebat kepada mereka sebab mereka tahu anak amanah Allah.

"Contoh keluarga yang baik. Allah beri ujian tapi masih boleh bersabar. Suka sangat tengok keluarga Abby, Norman dan Memey.

"Masya-Allah, Alhamdulillah keluarga tetap keluarga walau apa pun melanda," tulis netizen.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand dengan Ahmad Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Marissa sebelum ini didakwa bernikah di Thailand.

Marissa sebelum ini didakwa bernikah di Thailand.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Sehingga kini, Marissa atau pun Aslam memilih mendiamkan diri berhubung dakwaan sudah berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain