suria

Misya suruh tanya tuan badan, Aslam minta beri ruang isu nikah Marissa di Thailand

Aslam dan Marissa masih lagi mengunci mulut.

SELEPAS lama bertindak mendiamkan diri, lelaki yang didakwa melangsungkan pernikahan dengan anak perempuan pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi pada 27 Disember lalu akhirnya bersuara.

Ahmad Aslam, 25, meminta pihak media dan orang ramai memberi ruang kepadanya menyelesaikan perkara itu selain enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkahwin dengan Marissa Dania Hakim, 19 tahun di Songkhla, Thailand.

"Saya minta mana-mana pihak media beri ruang.

aslam 2

Perkahwinan Marissa masih menjadi teka teki.

"Tak ada komen (dakwaan berkahwin)," katanya ringkas sebelum beredar.

Aslam berkongsi perkara itu menerusi temu bual dalam program Melodi pada Ahad.

Sementara itu, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan juga memilih mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.

Dia juga meminta agar soalan tersebut ditanyakan sendiri kepada tuan badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk makan semeja dengan isteri pertama, kelibat Aslam jadi perhatian

"Saya tak ada apa-apa nak komen... lebih baik tanya tuan badan sendiri.

"Minta maaf... saya nak cepat," ujarnya.

Pada 7 Februari lalu nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa melangsungkan pernikahan dengan Aslam tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

misya3 - 1

Misya harap tuan badan akan jelaskan sendiri isu yang melanda.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan isteri pertamanya bercerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain