PELAWAK Shuk Sahar sudah menamatkan zaman duda dengan wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Fara Salleh. Mendedahkan perkara itu, Fara berkata mereka disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada awal November tahun lalu. Bagaimanapun, tiada majlis yang dilangsungkan pasangan ini sejak bergelar suami isteri. Shuk dan Fara selamat bernikah dengan sekali lafaz. "Ya kami dah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. "Kami bernikah awal bulan November tahun lepas, kira sudah empat bulan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Fara bagaimanapun enggan memperincikan perihal perkahwinannya dengan Shuk, 37 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar, Rossa Sera sah bercerai... Keputusan dicapai selepas pulang tunai umrah ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar kongsi foto tunai umrah tapi komen Fara Salleh pula jadi perhatian... netizen doa ‘semoga cepat berjodohan’ Sementara itu, Shuk ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya meminta soalan berkaitan hubungan mereka ditanya sendiri kepada Fara. Sebelum ini, nama Fara pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Rossa Sera. Shuk dan Fara pernah tmencetuskan kontroversi melibatkan hubungan mereka sebelum berkahwin. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera masih baik demi kebaikan anak-anak mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!