KELUARGA Aliff Aziz menerima tamparan dan kesan hebat susulan isu membabitkan penyanyi dan pelakon itu yang ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada Sabtu lalu. Penyanyi Aisyah Aziz, 30, bagaimanapun percaya tindakan segelintir pihak menyebarkan isu tersebut tanpa kesahihannya adalah suatu kepuasan bagi mereka. "Kami sekeluarga menerima tamparan hebat bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu. Aisyah mohon henti sebar berita tidak benar tentang abangnya. "Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik," katanya. Aisyah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Isnin. Dalam pada itu, Aisyah berharap orang ramai dapat menahan diri daripada menyebarkan perkara tidak benar yang mungkin boleh berlaku kepada sesiapa. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies tampil mohon maaf, bakal perjelas kejadian sebenar ditangkap khalwat ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan tangkap basah” - Ruhainies minta henti keruhkan keadaan, tunggu kenyataan rasmi Katanya, setiap orang mempunyai kekurangan namun telah ditutup sebaik-baiknya oleh Allah dan jangan menjadi golongan yang menyebarkan aib orang lain. "Tapi saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya. "Kita semua ada kekurangannya. Nama Ruhainies dan Aliff kini menjadi sebutan hangat. Allah telah menutupi aib kita dari seluruh dunia, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain," ujarnya. Pada awal pagi Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Mereka yang ditahan di Jawi bagi tujuan siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama. Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. Ruhainies dan Aliff kini sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!