suria

Menteri Agama sangkal kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies gimik, Jawi tiada kompromi terhadap selebriti

Aliff dan Ruhainies didakwa berkhalwat pada Sabtu lalu.

TANGKAPAN dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap dua pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies pada Sabtu lalu bukan gimik seperti dakwaan segelintir pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan agensi berkenaan tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan agama demi mempromosikan selebriti.

"Memang saya bercakap dengan pengarah Jawi sendiri di bahagian penguatkuasaan. Jadi tidak timbul isu ia satu gimik.

Datuk Dr.Mohd Na'im Mokhtar,Selangor Syariah Chief Judge.

Menteri sahkan tangkapan terhadap Aliff dan Ruhainies.

"Jawi tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan melakukan tangkapan bagi satu kesalahan semata-mata hendak mempromosikan selebriti atau apa sekali pun," katanya kepada pemberita.

Kenyataan tersebut sekali gus mengesahkan tentang tangkapan dibuat terhadap Aliff dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata, Jawi sudah menjalankan siasatan awal berdasarkan laporan dibuat pihak ketiga berhubung dakwaan mereka berada di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga terima tamparan hebat, Aisyah Aziz pesan tahan diri bercakap perkara tidak benar

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies tampil mohon maaf, bakal perjelas kejadian sebenar ditangkap khalwat

"Kalau ada sebarang laporan dikemukakan pihak ketiga kepada bahagian penguatkuasaan Jawi, jadi ia tiada hubungan dengan mana-mana selebriti.

"Berdasarkan aduan tersebut, bahagian ini memulakan siasatan dan kemudian membuat tangkapan. Itu apa yang telah berlaku," jelasnya.

aliff aziz 12

Aliff dan Ruhainies bakal didakwa dalam masa terdekat.

Pada Sabtu lalu, Aliff dan Ruhainies ditahan ketika operasi berkenaan kemudian di bawa ke Jawi bagi memberi keterangan.

Mereka dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama.

Kedua-dua pelakon drama Terjerat itu bagaimanapun memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan lanjut berhubung insiden itu dan akan menjelaskan perkara sebenar dalam tempoh terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain