suria

Mediasi tak berhasil, Izreen Azminda nampak mahkamah boleh selesai isu dengan Intan Salleh

Izreen bertegas mahu teruskan tindakannya terhadap Intan.

MAHU penyelesaian yang adil membuatkan pelakon Izreen Azminda tekad meneruskan saman terhadap bekas madunya iaitu Intan Salleh.

Izreen, 39, percaya penyelesaian di mahkamah adalah cara terbaik untuk kedua-dua pihak kerana tidak membabitkan orang lain.

"Kita nak selesaikan secara adil dan saksama supaya tidak ada percanggahan cerita, tokok tambah cerita atau campur tangan daripada pihak kedua dan ketiga.

izreen 1

Izreen dan Intan tak capai kata sepakat bersama.

"Sebab itu kita ambil jalan ini kerana jalan ini adalah yang sebaik-sebaiknya," katanya.

Izreen berkata perbincangan yang dilakukan sebelum ini juga tidak berjalan dengan lancar membuatkan dia bersama peguam meneruskan tindakan tersebut.

"Kalau saya tidak mahu selesaikan perkara ini diluar, saya tak akan ada di sini (mahkamah). Selepas perbincangan dibuat, maknanya kita masih belum nampak jalan itu.

"Jadi, kita teruskan dengan apa yang ada sebab tak nampak (jalan penyelesaian), kalau nampak dah selesai dah hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses mediasi Izreen dan Intan gagal capai kata sepakat, Ude pula setuju tarik balik saman

ARTIKEL BERKIATAN: Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa selesaikan konflik cara baik... “Jangan datang macam taiko ikan masin”

"Kalau tidak saya tidak akan hadir hari ni untuk selesaikan dengan dia," kongsinya.

Izreen berkongsi perkara itu menerusi temu bual program Melodi ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, peguam yang mewakili Izreen iaitu Muhammad Hafiz Hood berkata perbincangan bersama pihak Intan tidak berjalan dengan baik.

Bagaimanapun selepas sesi mediasi dilakukan pada Isnin itu terdapat beberapa kata sepakat namun masih belum selesai sepenuhnya.

"Sebelum ni memang pernah buat perjumpaan antara saya dan peguam defendan bagaimanapun kita teruskan dengan kes.

izreen 2

Izreen tidak mahu penyelesaian yang melibatkan orang ketiga.

"Untuk hari ini (Isnin), ada beberapa yang kita dah jumpa kata sepakat tetapi masih perlukan perincian lanjut.

"Itu masih belum diselesaikan dan perlu diberi masa kepada pihak defendan," katanya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar peguam mewakili Intan iaitu Mahmud Jumaat memaklumkan proses mediasi diadakan bagi mencari penyelesaian di luar mahkamah susulan saman fitnah difailkan aktres tersebut terhadap Intan sebelum ini.

Malah proses mediasi kedua akan diteruskan pada satu tarikh lain bagi mencari jalan damai di antara mereka.

izreen 3

Izreen dan Ude dirikan rumah tangga pada 2018.

Sebelum itu, Intan menerusi Instagram memaklumkan bekas suaminya, Ude bersetuju menarik balik kes saman namun Izreen masih mahu meneruskan kes.

Kemelut membabitkan Izreen dan Intan Liana Salleh masih berpanjangan apabila kedua-dua mereka sebelum ini sering berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 9, dan Ariq Muqri, 6.

Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idrees, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain