suria

Aisar Khaled tak tipu bagi pengikut hadiah... “Kotak iPhone second hand memang tak sama macam original”

Aisar tampil menjawab dakwaan menipu pengikut di media sosial.

NAMA personaliti media sosial Aisar Khaled kembali menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa menipu mengenai pemberian telefon pintar kepada pengikutnya.

Sudah letih menjawab tuduhan sama, Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, menafikan dakwaan tersebut dan mengakui wujud salah faham mengenai pemberian hadiah telefon bimbit itu.

"Kalau ikutkan saya malas nak komen tentang isu ini, saya penat. Biasalah mulut manusia kita tidak boleh nak tutup.

Aisar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemfitnah.

Aisar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemfitnah.

"Ramai yang komen cakap saya beri iPhone kotaknya berbeza dengan original, ya sebab telefon bimbit itu dibeli secara second hand. Jadi mungkin itu sebab kotaknya tidak sama seperti telefon baharu.

"Saya ambil keputusan untuk beli telefon second hand kerana harganya jauh lebih murah jadi saya boleh beri kepada lebih ramai orang, tapi kondisi telefon itu semuanya masih dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aisar turut menempelak tindakan seorang individu memuat naik video di aplikasi TikTok mendakwa dia seorang penipu atau scammer.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng Subuh penuhi masjid Brunei, Aisar Khaled bangga siap sedekah roti canai dan tiga ekor kambing... Kebetulan pula Ustaz Abdul Somad datang bagi ceramah

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled berguling atas padang tahan sakit, netizen perasan tiada siapa datang tolong... "Kalau fasal duit bukan main rapat lagi"

Kata Aisar, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang berterusan melemparkan fitnah terhadapnya.

"Kalau ikutkan hati memang saya rasa nak saman sahaja individu terbabit tetapi tidak mengapalah kami sama-sama cari makan (bisnes).

"Buat masa ini tak mengapalah benda pun dah jadi tapi selepas ini saya akan ambil tindakan jika ada lagi yang memfitnah saya," ujarnya.

Saya tidak boleh berikan kepada semua, yang mana ada rezeki saya hantar depan rumah.

AISAR KHALED

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Jelas Aisar lagi, dia sudah berulang kali memberitahu kepada pengikut bahawa bukan semua pembeli akan menerima hadiah istimewa itu.

"Saya sudah maklumkan tentang perkara ini, bukan semua pembeli akan dapat hadiah telefon pintar.

"Ia adalah rezeki tidak semua yang akan dapat. Saya sudah beritahu banyak kali jangan berharap. Saya tidak boleh berikan kepada semua, yang mana ada rezeki saya hantar depan rumah," katanya.

Aisar masih lagi meneruskan kerja kebajikan sepanjang Ramadan ini.

Aisar masih lagi meneruskan kerja kebajikan sepanjang Ramadan ini.

Sebelum ini, seorang individu yang dikenali sebagai Hamzah Rashid memuat naik video di aplikasi TikTok memberitahu pempengaruh media sosial menipu golongan B40 ketika membuat pemberian hadiah di media sosial.

Kata Hamzah, pempengaruh itu hanya sekadar cakap kosong dan tidak pernah memberikan hadiah telefon pintar itu kepada pengikutnya.

Biarpun tidak menyatakan nama, rata-rata netizen mengajukan kenyataan yang dibuat oleh Hamzah itu kepada Aisar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain