suria

Tidur malam terganggu bertahun lamanya, Aisyah Aziz saksi pengorbanan ibu demi keluarga

Ibu Aliff teruk dikecam susulan kontroversi yang melanda.

ADIK perempuan Aliff Aziz menjadi saksi kepada nasib menimpa ibunya susulan pelbagai kontroversi melanda penyanyi dan pelakon termasuk ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Penyanyi Aisyah Aziz, 30, berkata, terlalu banyak pengorbanan dilakukan oleh ibunya demi keluarga mereka dan mengingati satu persatu tentangnya.

Kata Aisyah lagi, dia juga sedar tidur malam ibunya sering terganggu disebabkan kecaman diterima sejak bertahun-tahun lamanya.

Aliff ibu

Ibu Aliff lalui hari-hari yang mencabar akibat kontroversi anaknya.

"Saya tahu pengorbanan ibu. Saya ingat kesemuanya dan semoga Allah membantu saya untuk tidak melupakannya.

"Kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun," katanya.

Aisyah mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen hantaran terbaharu dimuat naik ibunya iaitu Siti Hafiza Basharahil di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga terima tamparan hebat, Aisyah Aziz pesan tahan diri bercakap perkara tidak benar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz ‘unfollow’ IG Bella Astillah, kongsi doa dan kata-kata hikmah

Menerusi hantaran tersebut, Siti Hafiza mendedahkan dia menerima pelbagai kata-kata hinaan netizen baik baik pada dia dan suami serta ahli keluarga yang telah tiada.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, dia melihat sendiri ibunya melalui pelbagai ujian dengan tenang serta sabar.

Malah dia juga melihat perubahan Hafiza yang pada awalnya seakan-akan tidak dapat menerima apa berlaku namun cuba berlapang dada.

"Ibu juga membuktikan kepada saya berkali-kali bahawa perubahan bermula daripada kesanggupan dan kesedihan untuk berada dalam ruang yang tidak selesa luar dan dalam kerana Allah dan cinta.

aisyah

Kata-kata Aisyah buat ibunya.

"Ramai percaya mereka tidak boleh berubah kerana kesuntukan masa tetapi saya bertuah kerana dapat menyaksikan perjalanan ibu yang sabar dan penuh keinsafan," katanya lagi.

Sebelum ini, Hafiza memuat naik video pendek memperlihatkan Aliff dipercayai berada di Singapura pulang bertemu keluarganya.

Dia juga berdoa agar segala kesulitan dilalui oleh anak lelakinya itu akan berakhir dengan segera.

Tidak hanya itu, Hafiza juga didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya iaitu Bella Astillah.

2584104

Kelibat Aliff dan Ruhainies terakam CCTV kondominium.

Untuk rekod, nama Aliff kembali menjadi sebutan netizen sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Pasangan pelakon drama Terjerat itu ditahan dalam serbuah di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Susulan kontroversi itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu dan kes itu akan disebut pada 4 April ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain