suria

Berjaya kesan ‘hacker’ berusia 18 tahun, Aiman Tino sanggup memandu jauh cari sampai ke Kedah

Aiman berjaya jejaki individu yang godam akaun TikTok miliknya.

TIDAK berdiam diri selepas akaun TikTok digodam, penyanyi Aiman Tino berusaha mencari sendiri individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Hasil kerjasama rakan-rakan dibantu oleh mereka yang pakar dalam bidang teknologi, Aiman berjaya mengesan dan mengambil keputusan untuk bersemuka dengan lelaki berusia 18 tahun yang tinggal di Padang Serai, Kedah.

"Saya upah orang untuk kesan alamat lelaki itu. Saya dapat maklumat selepas dia sendiri membuat pembelian di TikTok. Saya bergerak ke Kedah selepas berbuka semalam (Khamis).

aiman tino 5

Aiman ditemani isteri pergi ke Kedah menjejaki scammer.

"Saya sampai di rumahnya kira-kira pukul 4 pagi dan hanya tidur dalam kereta menunggu dia keluar. Sekitar pukul 3 petang (Jumaat) baru kami bersemuka," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Aiman yang masih berada di lokasi berkenaan memberitahu sedang berbincang mengenai perkara memendangkan pemuda berkenaan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan.

Aiman bagaimanapun berkata dia mempunyai bukti kukuh selain dakwaan jiran yang turut memberitahu individu terbabit terlibat dalam kegiatan menipu secara atas talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok hilang sekelip mata, Aiman Tino rasa macam kena pukau

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut hutang RM8,000 dari penganjur tak berhasil, Aiman Tino kena perli pula di status WhatsApp... Beri tempoh 7 hari atau berdepan tindakan

"Dia tidak mahu mengaku. Malah saya rasa bapanya juga bersubahat kerana mahu menyembunyikan kegiatan anaknya itu

"Susah juga nak berbincang sebab lelaki itu lari masuk rumah. Saya tidak boleh terus terjah ke dalam rumah dan terpaksa menunggu di luar," ceritanya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aiman memaklumkan individu berkenaan telah mengaku silap dan mohon budi bicara pengurangan bayaran balik kerugian.

Saya sudah buat laporan polis dan tak mustahil selepas ini akan teruskan tindakan saman

AIMAN TINO

PENYANYI

Tambah Aiman lagi, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap lelaki berkenaan kerana telah menipu banyak pihak selain memberi kesan buruk terhadap nama baiknya.

"Bukan saya sahaja, penyanyi Usop juga menjadi mangsa. Dia guna akaun yang telah digodam untuk meminta duit daripada orang lain.

aiman tino 1

Aiman sebelum ini berkongsi kisah ditipu secara atas talian.

"Saya sudah buat laporan polis dan tak mustahil selepas ini akan teruskan tindakan saman," tegasnya.

Pada Isnin lalu, Aiman memberitahu akaun TikTok miliknya digodam dan individu berkenaan mengugut serta meminta sejumlah wang bagi mendapatkan semula akaunnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain