PELAKON Fathia Latiff menepis dakwaan ingin murtad sebaliknya mengesahkan dia masih beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebenar seorang Muslim. Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjelaskan perkara itu hanya andaian netizen berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok. Menurutnya lagi, tuduhan kafir disifatkan sebagai dakwaan berat sebagai seorang yang beragama Islam. "Saya masih mengamalkan (ajaran) Islam, tapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tidak berasas. Fathia menjelaskan kekeliruan yang berlaku di media sosial. "Kafir ialah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan muslim tapi orang dari agama lain juga," katanya. Fathia membuat perkongsian tersebut menerusi hantaran di Instagram pada Ahad. Jelas pelakon Ariana Rose itu, segala perkongsiannya di TikTok adalah sebagai cara dia mengekspersikan diri. Malah, dia mengatakan pendapat netizen tidak pernah menjejaskan kehidupannya. ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin tahun terakhir sambut Ramadan, kenyataan Fathia Latiff undang rasa bimbang netizen ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti ganggu jika Aiman Hakim mohon maaf, netizen minta Fathia Latiff 'move on' "Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri dan cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya," ujarnya. Sebelum ini perkongsian Fathia mengundang kebimbangan apabila pelakon itu memberi bayangan tahun ini berkemungkinan adalah Ramadan terakhir buatnya. Meskipun tidak menjelaskan maksud sebenar perkara itu namun ramai mengaitkan dengan kenyataannya yang mengugut akan keluar agama disebabkan tidak tahan dengan tohmahan netizen terhadapnya. Dalam pada itu, Fathia tidak dia dikaitan dengan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza kerana menyifatkan ia merendahkan standard kehidupannya. Pelakon itu juga sempat menolak dakwaan dirinya berkawan baik dengan pelakon Zarina Anjoulie. "Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim tiada kena mengena dengan kehidupan saya, dikaitkan dengan mereka seperti merendahkan taraf kehidupan saya. "Dan Zarina Anjoulie bukan kawan baik saya," katanya. Fathia mengakui masih bergelar seorang Muslim. Sejak Januari lalu, Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi. Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah seperti pembantu rumah. Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah. Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf. Fathia turut 'berperang' mulut dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!