suria

Dakwa kena tipu beli tanah RM60,000 dengan Datuk Red, lelaki ini ‘menyirap’ kenang ibu keluar duit KWSP

Perasaan marah masih ada apabila mengenang nasib ibunya ditipu Datuk Red.

SUSULAN kisah Datuk Seri Adnan Abu sudah jatuh bankrap dan berdepan kesukaran hidup, seorang lelaki mendakwa keluarganya pernah menjadi mangsa penipuan usahawan tersebut.

Dakwa lelaki itu, kejadian sekitar 2016 itu membabitkan pembelian sebuah tanah di Hulu Langat, Selangor berharga sekitar RM60,000.

Dedahnya, ibunya sanggup mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli tanah tersebut secara tunai.

Bagaimanapun, sehingga kini ibunya masih belum mendapat tanah tersebut selain wang yang dibayar hangus begitu sahaja.

NP-5

Lelaki berkenaan dakwa ada berjumpa dengan Adira namun penyanyi itu melenting.

“Apabila dengar namanya, teringat keluarga saya kena tipu dengan syarikat dia urusan beli tanah dekat Hulu Langat.

“Masa itu tanah tersebut berharga dalam lingkungan RM60,000. Mak saya keluarkan duit KWSP untuk bayar secara tunai dekat syarikatnya.

“Tak pasti ia jadi pada 2015 ke 2016 macam itu. Ini mengenai Datuk Red yang dulu bukan sekarang,” katanya.

Perkara itu dikongsi oleh pemilik akaun TikTok bernama Raja Kuat Makan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN : Datuk Red tak pilih kerja, jadi pembantu di bazar Ramadan pun boleh... Mahu cari duit persiapan raya anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN : Hidup tertekan, Datuk Red jalan kaki dari rumah ke Pulau Pinang... Kenang jasa Adira banyak bantu

Tiada niat untuk menularkan kisah silam, lelaki berkenaan memberitahu mereka juga pernah berjumpa dengan isteri kedua Adnan iaitu penyanyi Adira untuk menyelesaikan perkara itu.

Namun Adira didakwa melenting apabila dimaklumkan perkara itu disebabkan mahu mempertahan suami.

“Mengenai Datuk Red dan Adira ni, mungkin saya tak tahu nak salahkan Adira ke macam mana sebab kami pernah cuba nak selesaikan dengan Adira tapi dia melenting masa itu.

“Sebenarnya panjang cerita saya ini tapi bila tengok video viral Datuk Red saya menyirap sebab mak saya keluarkan duit KWSP siap jadi kes polis.

“Mungkin komen orang dekat Datuk Red sekarang yang baik-baik tapi buat kami orang biasa tak berduit, habis macam itu sahaja.

“Bayangkan 200 orang bayar RM55,000 seorang,” ujarnya.

NP-6

Antara komen netizen yang didakwa menerima nasib sama.

Menjengah ke ruangan komen, ada individu lain netizen turut menerima nasib sama seperti lelaki berkenaan.

“Ya... mak saya salah seorang pembeli dan kena tipu hampir RM60,000.

“Keluarga saya juga terkena dengan Datuk Red.

“Arwah suami saya pun terbeli tanah Semungkis pakai pinjaman peribadi,” tulis netizen.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim memfailkan perceraian penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil

Hassim mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain