suria

Video ‘boomerang‘ bukan gambaran situasi sebenar, Misya dan Marissa tak bermusuh tapi tiada komunikasi

Misya memberitahu dia dan Marissa sudah lama tidak berhubung.

SUSULAN Marissa Dania bertindak memuat naik hantaran video 'boomerang' bersama madunya yang menunjukkan hubungan mereka sudah kembali jernih, Misya Mazlan tampil menjelaskan situasi sebenar.

Misya atau Umisya Mazlan, 25, memberitahu 'boomerang' tersebut dirakam sebelum kisah mereka tular di media sosial dan mengakui pilih jalan damai dan hubungan mereka sudah pun kembali pulih.

Bagaimanapun kata Misya, selepas kisah mereka menjadi perhatian umum, keadaan mula berubah apabila berlaku sedikit perbalahan dan memilih membuat hal sendiri.

"Hi Assalamualaikum, ramai DM Misya tanya tentang posting ini (boomerang bersama Marissa) dan media pun sudah mula keluarkan headline.

size NP 1 - 2024-04-14T123424.768

Misya memberi kenyataan di Instastory miliknya.

"Gambar ini sebelum tular yang mana masa ini Marissa dan Misya sudah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami dan apa yang terjadi.

"Kami pun berdamai tapi lepas viral tentang kisah nikah ini, semuanya berubah. Ada sedikit berbalah, Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal sendiri," katanya.

Misya membuat penjelasan itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Ahad termasuk memuat naik tangkap layar foto bersama Marissa.

Pada bahagian informasi gambar tersebut, ia tertera boomerang itu dirakam pada 14 Januari 2024.

Dalam pada itu, Misya menjelaskan sebelum ini dia hanya menekankan isu sebuah jenama pakaian yang mengambil mereka berdua sebagai model tanpa pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘boomerang’ bersama tamatkan spekulasi, hubungan Marissa dan Misya sudah pulih

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto bersama Aslam bukan sebab bersaing, Misya mahu elak fitnah - “Wanita bijak pilih tidak berbalah”

Kata Misya, dia bersuara kerana merasakan pihak berkenaan tidak menjaga sensitiviti semua pihak apatah lagi dengan situasi sedang dihadapi mereka ketika itu.

"Misya tak pernah cakap kami bermusuh.

"Tapi Misya tekankan pada kes peragaan satu jenama ini untuk jaga sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.

"Situasi kami sekarang tak seperti digambarkan dalam gambar itu ya," jelasnya.

Bagaimanapun, Misya kekal berfikiran positif jika Marissa mahu berbaik walaupun tindakan memuat naik video boomerang itu tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Ada sedikit berbalah, Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal sendiri,

MISYA MAZLAN

ISTERI PERTAMA AHMAD ASLAM

"Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam.

"Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa, lama kita tak berhubung. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya.

"Misya balas dengan story jugalah penjelasan ini sebabnya Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Takda hubungi atau ada apa-apa perbincangan setakat ni," jelasnya.

Pada Rabu lalu, Marissa membawa suaminya iaitu Ahmad Aslam bertemu Abby Abadi dan Norman Hakim di acara rumah terbuka keluarganya.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang berkongsi video hari kejadian menganggap Hari Raya Aidilfitri kali in memberi ruang buat mereka memperbaiki semua kesilapan lalu.

Mereka sekeluarga meraikan hari raya di kediaman ibu kepada bekas suaminya iaitu Norman Hakim yang terletak di Kuatan, Pahang.

size NP 1 - 2024-04-14T123525.027

Misya dan Marissa buat hal sendiri.

Pada Jumaat lalu, Misya berkongsi pula foto bersama Aslam menandakan mereka masih bergelar suami isteri yang sah dan gambar itu dirakam pada 1 Syawal.

Jelas Misya, dia memuat naik foto berkenaan kerana mahu mengelakkan fitnah mengenai perkahwinannya dengan Aslam.

Sebelum ini, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain