PEMPENGARUH media sosial Aisar Khaled meminta Tiktokers Hamzah Rashid hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka. Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 24, berkata, dia tidak mengetahui punca Hamzah gagal menghadirkan diri pada perbicaraan saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Kata Aisar, dia mengambil keputusan bertindak kerana sebelum ini Hamzah sudah mencabarnya bagi menyelesaikan kes tersebut mengikut undang-undang. Aisar mohon defendan tampil menyelesaikan kes mereka dengan baik. “Saya berharap Hamzah hadir ke mahkamah pada 25 April ini. Sepatutnya perbicaraan boleh berlangsung hari ini tetapi dia tak hadir. Saya pun tak tahu apa sebabnya. “Dia sendiri cakap kalau nak saman jangan saman RM100,000 atau RM200,000. Saya tak mahu beritahu berapa jumlah yang saya akan saman dia. “Jadi saya mohon Hamzah hadir ke mahkamah untuk kita lihat siapa yang berada di pihak benar,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled tak tipu bagi pengikut hadiah... "Kotak iPhone second hand memang tak sama macam original" ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled berguling atas padang tahan sakit, netizen perasan tiada siapa datang tolong... "Kalau fasal duit bukan main rapat lagi" Aisar berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, wakil peguam iaitu Abdul Hakem Aiman menjelaskan pihaknya sudah menghantar surat tuntutan kepada defendan namun tiada maklum balas. Kata Abdul Hakem, pelbagai cara sudah dilakukan termasuk memaklumkan menerusi WhatsApp dan menghantar sendiri dokumen tersebut di kediaman Hamzah. Saya mohon Hamzah hadir ke mahkamah untuk kita lihat siapa yang berada di pihak benar. AISAR KHALED PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL "Pada 3 April lalu kami sudah mendapat perintah injunksi ex-parte daripada mahkamah, jadi perintah tersebut dan kertas tindakan juga kami sudah cuba serahkan kepada defendan. "Kami juga sudah membuat serahan dokumen dua kali di rumah defendan tetapi tidak diterima. “Jadi sepatutnya hari ini defendan hadir tetapi tidak hadir maka apa yang boleh kami fahamkan defendan tidak terima dokumen kami itu," ujarnya. Aisar (dua dari kanan) bersama wakil peguam (dari kiri): Hazim, Wan Wan Shahrizal Wan Ladin dan Hakem. Sebelum ini, Hamzah memuat naik video di TikTok mendakwa pempengaruh media sosial tersebut menipu golongan B40 ketika membuat pemberian hadiah di media sosial. Kata Hamzah, pempengaruh itu hanya sekadar cakap kosong dan tidak pernah memberikan hadiah telefon pintar kepada pengikutnya. Biarpun tidak menyatakan nama, rata-rata netizen mengajuman kenyataan yang dibuat oleh Hamzah itu kepada Aisar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!