suria

Kekasih gelap Aliff Aziz mesej Fuad Rahman, Tom beri amaran jangan ganggu suaminya

Tom minta Sarah (kiri) tidak kaitkan Fuad dengan isu yang hangat diperkatakan.

PENDEDAHAN kekasih gelap Aliff Aziz menjadi bualan hangat selepas beberapa selebriti lain turut dikaitkan dengan isu berkaitan aktor itu dengan Ruhainies.

Terbaharu, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Fuad Rahman pula antara terlibat apabila dia menerima mesej di Instagram daripada Sarah Yasmine meminta bantuan.

Susulan itu, isteri Fuad iaitu Tom memberi amaran keras kepada Sarah supaya berhenti menggangu suaminya.

tom fuad 2

Tom dedahkan mesej yang diterima Fuad.

"Fuad cakap dapat mesej dan panggilan. Fuad tak mahu terlibat dalam hal orang lain.

"Kepada Sarah, berhenti menganggu suami saya. Ini adalah amaran supaya berhenti telefon suami saya," katanya.

Tom atau Raja Farah Raja Afzal Raja Ikram, 37, berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Patah hati Bella Astillah kena kutuk pada hari jadinya, dakwaan emel jenama produk fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong rasa tercalar, tuntut Ruhainies bersihkan nama

Bekas peserta program Gegar Vaganza itu juga memuat naik bukti mesej diterima Fuad bertarikh 16 April lalu yang mana Sarah meminta penyanyi tersebut menghubunginya kerana memerlukan bantuan.

Sarah dalam mesej berkenaan meminta Fuad membantu seorang kenalan lelaki lain yang dikatakan berada dalam keadaan tidak selamat.

Wanita berkenaan dipercayai gagal menghubungi kenalan lelaki tersebut sehingga terpaksa meminta pertolongan daripada Fuad.

cap3 - 1

Kisah Sarah bersama Aliff dan Ruhainies jadi bualan minggu ini.

"Fuad, bolehkah awak hubungi saya? Saya perlukan bantuan segera. Ini berkaitan kawan awak.

"Saya perlukan awak untuk bantu dia," katanya.

Menerusi tangkap layar skrin mesej di Instagram, Sarah juga pernah menghantar mesej kepada Fuad pada 9 Oktober 2022 namun tidak dibalas.

Sepanjang minggu ini nama Sarah menjadi tumpuan ramai selepas dia mendedahkan dia sebagai kekasih Aliff dan mereka mula berkenalan sejak Januari lalu.

Pada malam Rabu, Sarah memuat naik perbualan Aliff bersama seorang wanita yang dipanggil NFH sekali gus menjadi bukti kecurangan pelakon itu terhadap isterinya iaitu Bella Astillah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain