suria

“Kita hidup bersama 10 tahun” - Dapat bukti lebih awal, Bella Astillah kecewa Aliff tergamak komplot jatuhkan dirinya

Bella Astillah kecewa Aliff tergamak berkomplot menjatuhkannya.

SEBELUM kecoh mengenai pendedahan perbualan dipercayai di antara Aliff Aziz dengan individu dinamakan sebagai 'NRF' tersebar, pelakon Bella Astillah terlebih awal sudah membaca semua mesej di aplikasi WhatsApp berkenaan.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, memberitahu perkara itu didedahkan oleh kekasih gelap suaminya iaitu Sarah Yasmine ketika mereka bertemu baru-baru ini.

"Apabila Sarah dedahkan perkara ini saya terkejut sebab ia lebih terperinci.

"Segala yang ditunjukkan akan digunakan sebagai bukti tambahan untuk kes penceraian kami," katanya kepada mStar.

bella astillah 43

Bella percaya Aliff dan Ruhainies sedang cuba mengalih perhatian kes khalwat mereka.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UUM) di Petaling Jaya pada petang Rabu.

Mengulas lanjut mengenai bukti diterima, Bella hanya mampu memendam perasaan kecewa apabila mengenangkan Aliff bersekongkol dengan wanita lain untuk menjatuhkannya.

Sedih dengan pelbagai tuduhan dan cacian terhadapnya, Bella, juga tidak menyangka lelaki yang menjadi teman hidupnya sejak 10 tahun lalu tergamak melakukan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah sudah lama tahu, Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita ada hubungan dengan Aliff

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz enggan bercerai, masih sayangkan Bella Astillah

"Saya sangat kecewa sebab pasangan kita hidup bersama selama 10 tahun turut berkomplot... Memang terkejut apabila ada perbualan antara mereka yang ingin menjatuhkan saya.

"Perkara diperkatakan itu juga sudah lama dan ia fitnah yang terlalu besar," katanya.

Dalam pada itu, Bella yakin apa dilakukan Aliff dan Ruhainies adalah sebagai salah satu cara bagi melarikan tumpuan ramai susulan kes mereka dicekup berkhalwat pada 9 Mac lalu.

Tidak hanya itu, Bella mendakwa aktres itu juga dalang yang mendorong Aliff sekali gus mengeruhkan lagi hubungan mereka suami isteri.

2660477

Belum reda isu membabitkan Ruhainies dan Aliff, muncul pula Sarah Yasmine.

"Apa yang mereka katakan sebelum ini hanya untuk menutup kes khalwat.

"Saya juga boleh nampak Ruhainies yang paksa Aliff untuk lakukan semua ini," jelasnya.

Pada malam Rabu, Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan Aliff dan NRF sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia adalah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat.

bella astillah 2

Ketika ini fokus Bella adalah untuk membesarkan dua anaknya.

Pada 13 Mac lalu Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semasa sebutan pertama kes tersebut Aliff enggan melafazkan ceria atas alasan masih sayangkan isterinya itu.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain