SEJAK malam Rabu nama kekasih gelap pelakon Aliff Aziz terus menjadi bualan ramai selepas dia membuat pelbagai pendedahan sehingga mengaitkan nama beberapa selebriti termasuk Caprice. Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, Sarah Yasmine yang berasal dari Singapura mendedahkan pernah menghubungi penyanyi rap tersebut untuk meminta bantuan rentetan kemelut hubungannya dengan Aliff. Caprice pula mendedahkan sepatutnya akan ada satu pertemuan antara Sarah, Aliff dan isterinya iaitu Bella Astillah pada Khamis. Pendedahan yang dibuat Caprice. Pelakon Ruhainies yang sebelum ini ditangkap bersama Aliff atas dakwaan berkhalwat juga akan ada bersama dalam pertemuan tersebut. Bagaimanapun Caprice membatalkan perancangan bertentang mata dengan mereka selepas Sarah membuat pusingan U dan mengambil inisiatif sendiri mendedahkan lebih terperinci tentang hubungan Aliff bersama Ruhainies. "Dia (Sarah) yang minta tolong, tapi bila kita dapat semua pihak untuk berdamai di rumah saya esok (Khamis), tiba-tiba dia sendiri yang tukar rancangan saat akhir. ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap dakwa Caprice jadi dalang, nasihat Aliff jangan cerai Bella Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Bini Caprice nak fokus jaga anak, tak ingin tahu isu toksik Aliff Aziz - “Siapa terlibat dalam kisah ni semua bodoh” "Sarah nak Aliff. Saya faham kenapa awak melalui semua ini. Saya tarik diri untuk menolong mereka," katanya. Caprice menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis berserta tangkap layar mesej dia bersama Sarah serta rakaman perbualan mereka. Menerusi rakaman tersebut, Sarah meluahkan isi hatinya dan meminta bantuan Caprice apabila mendakwa Aliff menipu serta menjalinkan hubungan bersama Ruhainies. Caprice rancang pertemuan untuk selesaikan masalah antara Aliff dan semua wanita berkaitan dengannya. Sarah kini dipercayai berada di Kuala Lumpur bagi sesi pertemuan tersebut namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan tetap berjalan atau tidak. Sementara itu, dalam beberapa perkongsian Caprice di Instastory dia turut menghubungi Aliff dan pernah memberi nasihat untuk membuat laporan polis berhubungan dakwaan Bella berlaku curang. Nama Sarah mula menjadi perhatian sejak Isnin apabila dia mendedahkan dirinya sebagai kekasih Aliff dan mereka mula berkenalan sejak Januari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!