suria

Bini Caprice nak fokus jaga anak, tak ingin tahu isu toksik Aliff Aziz - “Siapa terlibat dalam kisah ni semua bodoh”

Fara (kiri) enggan namanya dikaitkan dengan kemelut Bella dan Aliff.

ISTERI kepada penyanyi rap Caprice meminta dirinya tidak dikaitkan dalam kemelut rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah serta individu lain.

Fara Inalis atau lebih mesra disapa Elis berkata dia tidak pernah mengambil tahu mengenai konflik melanda rumah tangga pasangan itu.

"Aku duduk satu rumah dengan laki aku, satu soalan aku tak tanya cerita tentang Aliff, Bella, Ruhainies dan si kening (Sarah).

Perkongsian Fara yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Fara yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Aku tak teringin pun nak tahu cerita toksik mereka. Sumpah tak ada ruang dalam otak aku masuk negativiti. So jangan libatkan aku OK!” katanya.

Elis berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Elis memberitahu dia kini masih berpantang anak pertama dan hanya mahu memberi fokus kepada bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap dakwa Caprice jadi dalang, nasihat Aliff jangan cerai Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah disamakan seperti haiwan, perbualan Aliff Aziz burukkan isteri terbongkar

Elis bagaimanapun memberi gambaran bahawa dia enggan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Aku ni kan masih dalam pantang tau. Kalau boleh sehabis daya aku nak jaga mood aku, nak fokus proses penyembuhan dan bayi sahaja.

"Jangan sampai aku keluarkan kenyataan yang boleh buat lagi kecoh.

Fara tidak

Fara tidak mahu mencampuri urusan Aliff dan Bella.

"Kesimpulan cerita di sini, siapa yang terlibat dalam cerita ini semua bodoh," ujarnya.

Sebelum ini, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.

Dedah Sarah, walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun dia didakwa berpihak kepada pelakon dan penyanyi asal Singapura itu.

Pendedahan yang dibuat oleh Sarah melibatkan Caprice.

Pendedahan yang dibuat oleh Sarah melibatkan Caprice.

Sarah mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umar juga merupakan hasil suntingan Caprice.

Nama Sarah mula menjadi bualan selepas dia mendakwa kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen susulan ditangkap berkhalwat bersama pelakon Ruhainies oleh pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain