suria

Aliff Aziz tak mengaku pernah cakap masih sayangkan Bella Astillah sebaliknya salahkan media - “Jangan tengok tajuk wartawan bodoh”

Bella memfailkan penceraian terhadap Aliff pada Mac lalu.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz tidak mengaku dia pernah berkata masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.

Perkara itu didedahkan kekasih individu mendakwa kekasih gelapnya iaitu Sarah Yasmine menerusi paparan perbualan dipercayai di antara Aliff dan individu yang bernama ‘NRF’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam perbualan itu, Aliff, 33, menerangkan kepada NRF agar tidak terpengaruh dengan tajuk artikel dibuat wartawan yang melaporkan kes tersebut selepas individu itu seolah-olah merajuk dan tidak percaya dengan kenyataan dibuatnya.

Sebaliknya Aliff mendakwa terpaksa berlakon supaya kelihatan tenang ketika ditemu bual selepas sebutan kes tuntutan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

2627195

Kisah rumah tangga Aliff dan Bella semakin mendapat perhatian ramai.

“Saya tak cakap pun, mereka (petugas media) yang cakap. Awak kena tengok video, jangan tengok tajuk wartawan bodoh ni semua.

“Awak tahu macam mana mereka ‘pusing’ cerita.

“Hebatlah kiranya nampak baik sungguh. Pandang muka pun tak tadi, saya terpaksa berlakon nampak tenang,” katanya.

Sarah berkongsi paparan tangkap layar tersebut di Instastory miliknya pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah disamakan seperti haiwan, perbualan Aliff Aziz burukkan isteri terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan WhatsApp tersebar... Emma Maembong minta maaf jadi penyibuk, tiada niat campuri hal Aliff Aziz dan Bella

Mesej itu juga memperlihatkan Aliff seolah-olah tidak berpuas hati sehingga mencarut apabila menonton video Bella yang didakwa hanya lakonan.

“Menyampah tengok video-video lakonan b** p** tu, tapi kena sabar, play smart,” jelasnya.

Sementara itu, Aliff juga meluahkan rasa kesal apabila dia dan ibunya dikecam netizen susulan kes membabitkannya.

Namun dia berdoa agar dosa dia dan ibunya diampunkan serta darjat mereka berdua dinaikkan kerana terpaksa menghadap pelbagai tohmahan masyarakat.

Perbualan WhatsApp yang didedahkan oleh Sarah di Instastory miliknya.

Perbualan WhatsApp yang didedahkan oleh Sarah di Instastory miliknya.

“Teruk dengan mak saya kena kecam. Teruk dicaci hina saya dan umi (panggilan ibu Aliff).

“Semoga Allah ampunkan dosa kami dan naikkan darjat kami insya-Allah. Saya baca komen orang-orang Melayu Islam, Astaghfirullahalazim,” jelasnya.

NRF dalam mesej balasannya meminta Aliff bersabar dengan dugaan dihadapinya.

Isnin lalu nama Sarah menjadi bualan selepas dia mendakwa kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies.

Sarah (kiri) mengakui menjalin hubungan cinta bersama Aliff.

Sarah (kiri) mengakui menjalin hubungan cinta bersama Aliff.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Sarah pernah mendedahkan NFR adalah Ruhainies iaitu wanita yang ditangkap berkhalwat dengan Aliff.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain