suria

[V] Bella Astillah sudah lama tahu, Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita ada hubungan dengan Aliff

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak terkejut wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan dia adalah teman wanita suaminya.

Bella atau Dayang Nabella Awang Astillah, 30, berkata, dia memang sudah mengetahui tentang hubungan suaminya iaitu Aliff Aziz dengan wanita tersebut sebelum ini.

Malah Sarah adalah salah seorang daripada 11 wanita yang disenaraikan pernah mempunyai hubungan dengan Aliff.

“Saya pernah cakap sebelum ini ada letak alat perakam dalam kereta. Jadi saya tak terkejut. Saya dah tahu tentang hubungan dengan Sarah.

aliff3 - 1

Bella ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia.

“Saya pun juga pernah dedahkan Aliff ada hubungan dengan 11 wanita lain. Sarah itulah antara salah seorang.

“Cuma agak sedikit terkejut apabila mendapat tahu secara terperinci hubungan mereka,” katanya kepada mStar.

Bella ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Tambah Bella dia juga sudah bertemu dengan Sarah selepas wanita berkenaan menghubunginya dan ajak berjumpa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tampil diri mengaku kekasih baharu Aliff Aziz, tunjuk bukti video cium pipi... Cerita hubungan teman lelaki dan Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: Nama anak kembali panas, IG ibu Aliff Aziz pula hilang

“Dia yang nak sangat berjumpa saya. Kami bertemu minggu lalu di Kuala Lumpur. Saya pun dah follow Instagram dia.

“Bukan mahu menyokong apa yang dia lakukan. Tetapi dia bercakap benar,” ujarnya.

Tambah Bella, pendedahan Sarah ini juga boleh menjadi bahan bukti untuk dibawa ke mahkamah bagi perbicaraan tuntutan cerai terhadap Aliff.

“Betullah orang kata, ada hikmah bersabar. Pendedahan Sarah ini juga akan dibawa ke mahkamah. Saya hanya harap dapat selesaikan perkara ini dengan segera.

“Saya rasa lega dengan bukti sebegini. Ia dapat membantu kes mahkamah,” jelasnya.

aliff2 - 1

Sarah sebelum ini mendedahkan menjalin hubungan dengan Aliff.

Isnin lalu nama Sarah menjadi bualan selepas dia mendakwa kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada 13 Mac lalu selepas pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain