suria

[V] Datuk Red hanya berkata “saya dah tak larat!” Sekadar hirup teh O ais selepas lafaz talak

DISEBALIK senyuman, terselit seribu kedukaan... Itulah yang boleh diungkap saat usahawan Datuk Seri Adnan Abu melangkahkan kakinya keluar dari mahkamah selepas melafazkan talak satu terhadap isteri keduanya, Adira.

Lelaki... kuat semangatnya! Walaupun masih mampu tersenyum namun disebalik talak yang dilafazkan itu, luluh jiwa raga sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

Adnan, 46, ketika ditemui pemberita yang menantinya di perkarangan mahkamah hilang ungkapan apabila diminta mengulas mengenai penceraiannya dengan Adira.

Sebaliknya, Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red meminta wartawan yang membuat liputan bertanya kepada Adira sendiri kerana dia berada dalam keletihan.

size NP 1 (18)

Adnan dijumpai sejurus selepas selesai prosiding cerai.

Malah usahawan itu sempat menghirup minuman teh O ais yang dibeli bagi menghilangkan dahaga sebelum beredar pulang menaiki motosikal jenis Honda EX5 miliknya.

"Saya dah tak larat nak jalan, tanya dia (Adira)," katanya ringkas.

Sebelum itu, dia sempat memeluk wartawan dan menyapa mereka sebagai tanda memahami akan peranan mereka sebagai petugas media yang melaksanakan tugas.

Pada pagi Rabu, Adnan melafazkan cerai talak satu sekitar pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN : Tertunduk sayu ketika lafaz talak, Datuk Red dan Adira sah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada lagi ruang berbaik, Adira tetap mahu bercerai

Pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah bagi proses lantikan hakam bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka selepas Adnan tidak bersetuju bercerai sebelum ini.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Adnan, Muhammad Akmal Azman berkata, penceraian itu diteruskan selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat sebelum hadir ke mahkamah pada Rabu.

Kata Muhammad Akmal, Adira dan Adnan juga turut mencapai beberapa perjanjian termasuk berkaitan hak penjagaan dan nafkah empat anak mereka.

"Saya difahamkan mereka sudah berbincang ketika hari raya lalu dan hubungan mereka juga dalam keadaan baik sebelum bercerai.

Saya dah tak larat nak jalan, tanya dia (Adira),

DATUK RED

USAHAWAN

"Adira dan Adnan juga sudah mencapai kata sepakat berhubung beberapa perkara termasuk nafkah dan hal berkaitan empat anak mereka," jelasnya.

Menjawab dakwaan Adnan terpaksa melepaskan Adira, Muhammad Akmal memberitahu setiap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga pasti terkesan apabila ia melibatkan penceraian.

"Saya rasa mana-mana orang yang berdepan benda sama (penceraian) apabila terpaksa melepaskan orang yang kita sayang... Doakan yang terbaik buat mereka berdua," katanya.

Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan pada 25 Oktober 2023 atas alasan sudah tiada persefahaman di antara mereka.

size NP 1 (17)

Akmal merupakan peguam yang mewakili Adnan.

Bagaimanapun itu bukan kali pertma Adira memfailkan cerai malah pernah berbuat perkara sama pada April 2019 namun menarik balik permohonan dibuat kerana ingin memberi peluang kedua kepada Adnan.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain