suria

[V] “Saya, Adnan Abu ceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu”

IKATAN perkahwinan sembilan tahun di antara usahawan Datuk Seri Adnan Abu dan penyanyi Adira akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Rabu.

Adnan, 46, melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.40 pagi.

"Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu," lafaznya.

ADIRA 1

Adira dan Adnan sah bercerai talak satu.

Adnan atau Datuk Red kelihatan sugul dan tertunduk sayu selepas melafazkan cerai manakala Adira pula kelihatan tenang.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.

Adnan hadir ke mahkamah ditemani peguam Muhammad Akmal Azman manakala Adira bersama peguamnya, Norman Saidah Zakaria.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi ruang berbaik, Adira tetap mahu bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red harap 2 isteri tarik permohonan cerai, mahu Datin Red dan Adira jadi saksi kejayaannya

Pada 25 Oktober lalu, Adira memfailkan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama atas alasan tiada lagi persefahaman.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan sama terhadap Adnan pada 1 April 2019 namun menarik semula bagi memberi peluang kepada suaminya itu selain cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

adira 44

Adira bersama empat orang anaknya.

Adira sebagai isteri kedua dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan