suria

Kekasih gelap dakwa Caprice jadi dalang, nasihat Aliff jangan cerai Bella Astillah

Caprice didakwa terlibat dalam kemelut rumah tangga Bella dan Aliff.

KEKASIH gelap Aliff Aziz mendakwa aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan pelakon dan penyanyi berkenaan.

Dedah Sarah Yasmine, walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun dia didakwa berpihak kepada pelakon dan penyanyi asal Singapura itu.

Sarah mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umat juga merupakan hasil suntingan Caprice.

“Dia (Caprice) tahu hubungan di antara mereka (Aliff dan Ruhainies) namun, dia masih tolong. Edisi umat? Dia.

cap2 - 1

Pendedahan yang dibuat oleh Sarah.

“Yang tolong sunting video tentang Bella dan Muaz? Dia. Semua benda datang dari dia,” dakwanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Rabu.

Sarah juga membuat dakwaan bahawa Caprice telah menasihati Aliff agar tidak bersetuju untuk berpisah semasa sebutan kes penceraiannya dengan Bella pada 4 April lalu.

Dakwanya, ini kerana Caprice dan Ruhainies sudah merancang untuk menyebarkan keburukan Bella dengan lebih banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah disamakan seperti haiwan, perbualan Aliff Aziz burukkan isteri terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan WhatsApp tersebar... Emma Maembong minta maaf jadi penyibuk, tiada niat campuri hal Aliff Aziz dan Bella

“Yang suruh Aliff kata saya tidak setuju bila hari mahkamah? Ia adalah Caprice juga sebab rancangan dia dan perempuan itu apa?

“Mereka nak aibkan Bella lebih dan Aliff tahu, sikit pun saya tidak sokong (perbuatan itu),” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Caprie turut memuatnaik beberapa hantaran di Instastory miliknya bagi menjelaskan hal tersebut dengan mendakwa Aliff ada menghubunginya dan memaklumkan tentang perkara sebenar.

Menurut Caprice, Aliff turut menunjukkan bukti 400 gambar, video dan tiket penerbangan berkaitan Bella dan Muaz sebagai bukti terhadap semua dakwaannya.

Caprice turut menasihatkan Aliff supaya membuat laporan polis terhadap perbuatan Bella dan pelakon itu melakukannya di sebuah balai polis di Shah Alam sebelum hari raya lalu.

“Caprice nasihat Aliff serah segala bukti 400 lebih gambar, video kepada pihak polis. Dia (Aliff) buat (laporan polis) sebelum raya.

“Cuma Aliff tidak bagi tahu siapa-siapa atau media atau membuat hantaran di media sosial,” ujarnya.

Nama Ruhainies (kanan), Bella, Aliff dan Sarah (kiri) kembali hangat di media sosial.

Nama Ruhainies (kanan), Bella, Aliff dan Sarah (kiri) kembali hangat di media sosial.

Caprice kemudiannya turut mendedahkan Sarah ada menghubunginya supaya membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Bagaimanapun niat baik untuk menemukan mereka berempat pada Khamis terbatal apabila Sarah terlebih dahulu membuat pendedahan di Instastory miliknya sejak Isnin lalu.

Nama Sarah menjadi bualan selepas dia mendakwa kekasih kepada Aliff dan mereka sudah mula rapat sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain