suria

Tak layan permohonan maaf, Sarah Yasmine tolak pelawaan Ruhainies ajak jumpa... “Awak tipu saya dua kali”

Sarah balas semula kenyataan permohonan maaf Ruhainies.

ENGGAN lagi terpedaya dengan kata-kata Ruhainies, kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menolak permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan aktres itu.

Kata Sarah, dia telah memberikan peluang sebanyak dua kali kepada Ruhainies untuk merjernihkan keadaan, namun pelakon itu menipunya dan mensia-siakan peluang yang telah diberi.

"Saya sudah beri awak kesempatan untuk berlaku jujur dua kali dan awak tipu saya dua kali!

"Apa yang awak fikir untuk saya percaya setiap kata yang awak cakap sekarang ini, jadi kenyataan saya terhadap permohonan maaf awak masih tidak. Tidak!" katanya.

sarh

Sarah tidak layan ajakkan Ruhainies.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Jumaat.

Dalam hantaran tersebut turut memaparkan tangkap layar mesej diterima daripada Ruhainies yang menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Sarah bagi menyelesaikan kemelut mereka.

"Jom jumpa, saya rasa kita perlu selesaikan masalah ini semua. Saya, awak dan Bella duduk dan bincang bagi menamatkan hal ini dengan baik, saya bersedia jumpa dengan semua," tulis Ruhainies.

Sarah kemudiannya dilihat membalas mesej berkenaan dan mengesyaki ia ditulis oleh Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tampil buat permohonan maaf, mahu bersemuka dengan Bella Astillah dan Sarah Yasmine

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar mesej dekat Fuad Rahman sebab Aliff Aziz dalam bahaya, Sarah Yasmine mahu saman Tom

Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu dia telah menyekat nombor salah seorang kenalan Ruhainies di aplikasi WhatsApp yang cuba menghubungi sebelum ini.

"Saya sekat awak dekat WhatsApp sebab saya tak nak bercakap dengan awak lagi. Harap maklum," kongsinya.

Sebelum ini, pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf terhadap Bella Astillah secara terbuka.

Dia juga berharap dapat bertemu empat mata dengan Bella dan Sarah bagi menjernihkan keadaan agar semua perkara berbangkit dapat diselesaikan.

553 (24)

Sarah bertekad tidak mahu bertemu dengan Ruhainies.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Aliff memberitahu mahkamah dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies yang dinamakan sebagai NRF.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang dengan Ruhainies selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain